BOLKIAH GARRISON, Monday, 14 August 2023 – Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) has made a working visit today to the Medical Services, RBLF, Bolkiah Garrison. Also present as part of the entourage were officers of RBLF Headquarters and Land Force Sergeant Major.
The visit commenced with a welcoming remark by Colonel (Dr) Haji Awang Mohammad Hafizul bin Haji Awang Mohammad Hassan, Chief Medical Officer of Medical Services, RBLF, followed by a briefing from Lieutenant Colonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Deputy Chief Medical Officer (Clinical) on the unit’s capacity and capability, challenges faced and the way forward of Medical Services RBLF. The visit continued with a tour to the Medical Training Wing, Medical Logistics Store and Health Assessment Clinic in MRS Bolkiah.
The Commander of RBLF also had a session with the medical services personnel which he highlighted the application of leadership philosophy ‘Satria, Setia and Sedia’ as a guidance to personnel performing daily tasks towards excellence. The visit conclued with a group photo session and the signing of the parchment.
The visit has enabled the Commander of RBLF to have a closer look at the level of readiness and preparedness of the unit in carrying out their roles and tasks including their way ahead as well as to strengthen further the bond between all levels of officers and personnel of Medical Services RBLF.



KUNJUNGAN KERJA PEMERINTAH TDDB
KE KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN TDDB
BOLKIAH GARISON, Isnin, 14 Ogos 2023 – Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah membuat kunjungan kerja pada hari ini ke Khidmat Perubatan dan Kesihatan, TDDB, Berakas Garison. Rombongan beliau terdiri daripada pegawai-pegawai Markas TDDB dan Sarjan Mejar Tentera Darat.
Lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Kolonel (Dr) Haji Awang Mohammad Hafizul bin Haji Awang Mohammad Hassan, Ketua Pegawai Perubatan, TDDB dan diteruskan dengan taklimat yang disampaikan oleh Leftenan Kolonel (Dr) Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Timbalan Ketua Pegawai Perubatan (Klinikal) mengenai kapasiti dan keupayaan, cabaran yang dihadapi serta hala tuju Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB. Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Cawangan Latihan Perubatan, Stor Logistik Perubatan dan Klinik Pemeriksaan Kesihatan di Pusat Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Bolkiah Garison.
Melalui lawatan tersebut, Pemerintah TDDB juga berpeluang berinteraksi bersama anggota perubatan yang mana beliau menekankan falsafah kepimpinan ‘Satria, Setia dan Sedia’ boleh diaplikasikan sebagai panduan bagi menjalankan tugas yang diamanahkan dalam menuju kecemerlangan. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan menandatangani lembaran kenangan.
Lawatan ini membolehkan Pemerintah TDDB melihat dengan lebih dekat tahap kesediaan dan kesiapsiagaan unit dalam menjalankan peranan dan tugas yang diamanahkan serta hala tuju yang dirancangkan, sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua peringkat pegawai dan anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB.