BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 13 August 2023 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam today consented to led the Royal Birthday Cycling Recreation 2023 with other members of the Royal Family that took place at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien in the capital to mark the monarch’s 77th birthday celebration. The event route covered a distance of 10.30 kilometer, passing several main roads along Bandar Seri Begawan.
The Royal Brunei Land Force (RBLF) had the privilege to participate in this significant event led by Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of RBLF. Also present were Deputy Commander of RBLF, Senior Officers, officers and personnel of RBLF.
The event was organised by the Ministry of Culture, Youth and Sports which was intended to instill a sporting culture and enhance solidarity through the community’s involvement in the healthy society effort as well as to support the aspiration of the Nation by revitalizing Bandar Seri Begawan through the activities of ‘Bandar Ku Ceria’.
A number of side events were also held which started with the Fardhu Subuh Congregational Prayer at the Omar ‘Ali Saifuddien Mosque, followed by the Tazkirah entitled, ‘Kekal Beraja, Kekal Bernegara’ delivered by the Religious Officer from Islamic Da’wah Center, Awang Mohammad Nasyith bin Superi. After cycling, His Majesty and the Royal Family also subsequently observed a procession of 77 cyclists from both national athlete cyclists and clubs affiliated with the Brunei Darussalam Cycling Federation who have cycled as far as 77 kilometers as well as on-field performances of Martial Arts involving a total of 335 athletes comprising of athletes under the Youth and Sports Department Scheme and club associations.


TDDB SERTAI RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN 2023
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 13 Ogos 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli bagi menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2023 bersama ahli-ahli Kerabat Diraja di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-77 Tahun. Acara riadah ini mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 10.30 kilometer dan melintasi jalan-jalan utama dan menamatkan kayuhan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan penuh sukacita dan berbangga dapat menyertai acara yang amat signifikan ini yang diketuai oleh Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai – pegawai dan anggota TDDB.
Riadah Berbasikal Keputeraan 2023 merupakan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang bertujuan dalam memupuk semangat kesukanan dan meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat ke arah gaya hidup sihat, di samping mendokong aspirasi negara dengan menghidupkan Bandar Seri Begawan melalui aktiviti Bandar Ku Ceria.
Beberapa acara tambahan juga dilaksanakan bagi memeriahkan acara riadah ini iaitu menunaikan Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dan diikuti dengan tazkirah bertajuk ‘Kekal Beraja, Kekal Bernegara’ yang disampaikan oleh Pegawai Agama dari Pusat Da’wah Islam, Awang Mohammad Nasyith bin Superi. Selesai sesi berbasikal, Baginda berserta kerabat diraja kemudiannya berkenan menyaksikan perbarisan lalu daripada seramai 77 pekayuh basikal dan telah telah melakukan kayuhan sejauh 77 kilometer. Selain itu, persembahan padang daripada Seni Mempertahankan Diri turut diadakan dan melibatkan seramai 335 atlet terdiri daripada atlet di bawah Skim Jabatan Belia dan Sukan serta persatuan-persatuan kelab.