LUMUT CAMP, Friday, 11 August 2023Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) organised the final match of 2023 Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Football Tournament today at the Mini Stadium, Lumut Camp. This tournament took place from 4 August 2023 until 11 August 2023 which was participated by four teams from the Ministry of Defence (MINDEF) Combined Team, Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy and Royal Brunei Air Force (RBAirF).

Present as the Guest of Honour was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF. Also present were Services Commanders of RBAF, Senior Officers, officers and personnel of RBAF.

Throughout the final match, RBAirF team came out victorious after defeating MINDEF team through a penalty kick 4 – 2. The exciting final match showcased quality performances from both teams and the prizes were presented by the Guest of Honour. Best Player Award went to Major Amzar Mu’az bin Tamit from MINDEF Combined Team, Top Scorer Award went to Sergeant Muhammad Haneef @ Eddie Effendi bin Zainal and Lance Corporal Mohamad Aliuddin bin Haji Basar from Combined MINDEF, while Best Goal Keeper Award went to Lance Corporal (U) Mohammad Tarmizi bin Haji Mat Johari from RBAirF.

This tournament is an annual activity for RBAF which serves to promote sportsmanship and camaraderie among the RBAF personnel.

 

PERLAWANAN AKHIR BOLA SEPAK PERINGKAT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 2023

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 11 Ogos 2023 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengendalikan Pelawanan Akhir Bola Sepak Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2023 pada hari ini bertempat di Mini Stadium, Perkhemahan Lumut. Perlawanan ini telah berlangsung bermula 4 Ogos 2023 hingga 11 Ogos 2023 yang telah disertai oleh empat buah pasukan daripada Pasukan Gabungan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), TDDB, Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota ABDB.

Sepanjang perlawanan, Pasukan TUDB telah muncul sebagai juara setelah berjaya mengalahkan Pasukan Gabungan KEMENTAH melalui tendangan penalti 4 berbalas 2. Perlawanan akhir tersebut telah mempamerkan permainan yang berkualiti daripada kedua-dua pasukan yang mana penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Anugerah Pemain Terbaik disandang oleh Mejar Amzar Mu’az bin Tamit dari Pasukan Gabungan KEMENTAH, Anugerah Penjaring Terbanyak disandang oleh Sarjan Muhammad Haneef @ Eddie Effendi bin Zainal dan Las Kopral Mohamad Aliuddin bin Haji Basardari Pasukan Gabungan KEMENTAH, manakala, Anugerah Penjaga Gawang Terbaik disandang oleh Las Kopral (U) Mohammad Tarmizi bin Haji Mat Johari daripada TUDB.

Perlawanan Bola Sepak ini telah berlangsung daripada 04 Ogos 2023 hingga 11 Ogos 2023 dan telah disertai oleh empat pasukan daripada Pasukan Gabungan KEMENTAH, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan TUDB. Perlawanan Bola Sepak tersebut adalah merupakan aktiviti tahunan bagi ABDB untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara unit-unit serta memupuk semangat kesukanan dikalangan pemain-pemain bola sepak ABDB.

Perlawanan Bola Sepak tersebut merupakan aktiviti tahunan ABDB yang berperanan dalam memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota-anggota ABDB.