LUMUT CAMP, Friday, 11 August 2023 – The School of Infantry, Royal Brunei Land Force (SOI RBLF) held a Closing Ceremony for the Basic Infantry Course Series 1/2023 today at the Parade Square of Third Battalion (3Bn) RBLF, Lumut Camp. A total of 209 participants has successfully completed the course which conducted from 22 May 2023 until 11 August 2023.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander of RBLF. Also, in attendance were the Commanding Officer SOI RBLF, invited officers, Regiment Sergeant Majors and Instructors of SOI RBLF.

Upon arrival, the Guest of Honour inspected the parade, followed by presentation of awards to the course participants and instructors who had demonstrated outstanding performance in various categories throughout the course. Best Overall Student was awarded to Private Awang Muhammad Thaqif Mirza @Muhammad Thaqif Raziq bin Marzuqi from First Battalion (1Bn) RBLF, Best Practical was awarded to Private Muhammad Zainuddin bin Haji Rudy Eyan Radzidillah from 1Bn RBLF and Best in Physical Training went to Private Muhammad Qasyiful Azhim Al-Zhahirin bin Haji Hasan from 1Bn RBLF. Next, Best Instructor of the course was awarded to Corporal Aziz Saufi bin Bujang from 3Bn RBLF. The ceremony concluded with a closing remark by the Field Commander of RBLF, followed by a group photo session.

This course is a comprehensive training program that covers all aspects of being an infantryman in the RBLF. It includes learning about the duties, roles, and responsibilities of an infantryman, adapting to life in the battalion, enhancing basic soldiering skills and developing character and professionalism.

MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS INFANTRI SIRI 1/2023

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 11 Ogos 2023 – Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah mengendalikan Majlis Penutup Kursus Asas Infantri Siri 1/2023 bertempat di Padang Kawad, Batalion Ketiga (3Bn) TDDB, Perkhemahan Lumut. Seramai 209 peserta telah berjaya tamat kursus berkenaan yang dilaksanakan bermula 22 Mei 2023 hingga 11 Ogos 2023.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB. Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah SI TDDB, pegawai-pegawai jemputan, Sarjan Mejar Rejimen serta jurulatih SI TDDB.

Sejurus ketibaan, Tetamu Kehormat memeriksa perbarisan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian anugerah-anugerah kepada peserta kursus dan jurulatih yang telah menunjukkan prestasi cemerlang di sepanjang kursus dijalankan. Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Soldadu Awang Muhammad Thaqif Mirza @Muhammad Thaqif Raziq bin Marzuqi dari Batalion Pertama (1Bn) TDDB, Anugerah Penuntut Terbaik dalam Amali disandang oleh Soldadu Muhammad Zainuddin bin Haji Rudy Eyan Radzidillah dari 1Bn TDDB dan Soldadu Muhammad Qasyiful Azhim Al-Zhahirin bin Haji Hasan dari 1Bn TDDB telah menerima Anugerah Penuntut Terbaik dalam Latihan Jasmani. Selain itu, Anugerah Jurulatih Terbaik bagi kursus tersebut disandang oleh Kopral Aziz Saufi bin Bujang dari 3Bn TDDB. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup daripada Pemerintah Medan TDDB dan sesi bergambar ramai.​

Kursus ini merupakan program latihan komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek selaku anggota infantri dalam TDDB seperti penerangan lanjut akan tugas, peranan dan tanggungjawab sebagai tentera darat, penyesuaian diri di batalion, meningkatkan kemahiran asas tentera serta memantapkan karakter dan profesionalisma anggota.