LUMUT CAMP, Friday, 4 August 2023Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) held a Finance Management Briefing today for the personnel of the Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) that took place at the Cookhouse of 3Bn RBLF, Lumut Camp. The briefing was delivered by Sujalani Abdul Ghani, BIBD Financial Officer.

A total of 150 officers and personnel of 3Bn RBLF attended the briefing which focused on personal financial management. It highlighted the importance of having emergency fund, monthly income management, obligations in performing zakat and several facilities provided by BIBD that could assist in financial difficulties.

This briefing serves to educate personnel of 3Bn RBLF on the importance of individual financial management and to exercise better financial habits. In addition, it is also to foster strong financial management skills for a healthier financial future

TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI DARI BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM (BIBD) TINGKATKAN KESEDARAN LITERASI KEWANGAN

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 4 Ogos 2023 – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mengadakan Taklimat Pengurusan Kewangan Peribadi pada hari ini bagi anggota Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) bertempat di Rumah Masak 3Bn TDDB, Perkhemahan Lumut. Taklimat disampaikan oleh Sujalani Abdul Ghani, Pegawai Kewangan BIBD.

Seramai 150 pegawai dan anggota 3Bn TDDB menghadiri taklimat berkenaan yang memfokuskan pengurusan kewangan persendirian. Ia juga menekankan kepentingan untuk mempunyai simpanan kecemasan, pengurusan pendapatan bulanan, kewajiban dalam pembayaran zakat dan beberapa kemudahan yang ditawarkan BIBD bagi menyelesaikan permasalahan kewangan.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya pengurusan kewangan persendirian yang mantap khususnya bagi anggota 3Bn TDDB dan menanamkan tabiat kewangan yang lebih baik. Ia turut berperanan dalam memupuk dan meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan yang kukuh untuk masa depan kewangan yang lebih mampan.