KOTA BELUD, Tuesday, 25 July 2023 – The Exercise Planning Conference (EPC) for Exercise MALBRU SETIA 15/2023 and Exercise MERTAK BERSATU 13/2023 has successfully concluded at 5 Brigade Headquarters, Paradise Camp, Kota Belud, Sabah, Malaysia. The EPC was held today between Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) and 22 Royal Malay Regiment, Malaysian Army (22 RAMD, TDM).
The arrival of the RBLF delegation was welcomed by Lieutenant Colonel Mohd Roslaini bin Bujang, Chief of Staff of 5 Brigade. The conference began with a group photo session and opening remarks from the Chief of Staff of 5 Brigade and followed by a remarks by Major Abdul Aziz bin Haji Razali, Staff Officer 2 (Operation), Field Headquarters RBLF. It continued with a visit on the facilities and training area which will be used during exercise. The conference ended with the signing of minutes.
The EPC aims to coordinate and discuss the plans and administration matters for the execution of Exercise MALBRU SETIA 15/2023 and Exercise MERTAK BERSATU 13/2023 which will be held in September 2023.
EXERCISE PLANNING CONFERENCE (EPC) BAGI EKSESAIS MALBRU SETIA 15/2023 DAN EKSESAIS MERTAK BERSATU 13/2023
KOTA BELUD, Selasa, 25 Julai 2023 – Exercise Planning Conference (EPC) bagi Eksesais MALBRU SETIA 15/2023 dan Eksesais MERTAK BERSATU 13/2023 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat Markas 5 Briged, Kem Paradise, Kota Belud, Sabah, Malaysia. EPC tersebut diadakan pada hari ini di antara Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) dan Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja, Tentera Darat Malaysia (22 RAMD TDM).
Ketibaan rombongan TDDB telah disambut oleh Leftenan Kolonel Mohd Roslaini bin Bujang, Ketua Staf Markas 5 Briged. Persidangan dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diikuti dengan ucapan pembukaan daripada Ketua Staf 5 Briged, diikuti dengan ucapan balas daripada Mejar Abdul Aziz bin Haji Razali, Pegawai Turus 2 Medan (Operasi) TDDB selaku Ketua Delegasi TDDB. Persidangan diteruskan dengan membuat tinjauan ke prasarana-prasarana perkhemahan serta kawasan latihan yang akan digunakan semasa eksesais yang mana pada penghujung EPC diakhiri dengan penandatanganan minit oleh kedua belah pihak.
EPC ini bertujuan untuk mengkoordinasikan dan membincangkan mengenai hal perancangan dan pentadbiran bagi pelaksanaan Eksesais MALBRU SETIA 15/2023 dan Eksesais MERTAK BERSATU 13/2023 yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2023 di Malaysia.