PENANJONG GARRISON, Friday 28 July 2023 – The School of Infantry, Royal Brunei Land Force (SOI RBLF) celebrated its 14th Anniversary today at the Cook House, Support Battalion RBLF.

Present as the Guest of Honour was Major Faizal Azly bin Haji Rosli, Commanding Officer SOI RBLF. Also present were Officers and personnel of SOI RBLF. The Ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of awards to instructors and civilian staff of SOI RBLF.

Among the award recipients were Sergeant Mohd Ariffin bin Haji Ismail for Best Instructor from Jungle Warfare Training Wing, Sergeant Hamdani bin Sintai for Best Instructor from Signal Training Wing, Staff Sergeant Md Herman bin Ahmad Award for Best Instructor from Other Ranks Development Wing, Staff Sergeant Nur Atiqah binti Awang Mahani for Best Instructor from Drill Training Wing, Staff Sergeant Muhd Azrin bin Haji Misir for Best Instructor from Light and Heavy Weapons Training Wing, Warrant Officer Two Nor Fadzli bin Mohammad from Drill Training Wing for best Senior Rank, Corporal Mohd Shahrizal bin Mohd Sazkir Yakob from Officers Development Wing for Best Other Rank and Siti Railah binti Idris for Best Civilian Staff.

After the presentation of awards, the Commanding Officer of SOI RBLF gave his speech, where he emphasised the importance of learning and the development of standards that has made SOI RBLF a school of high caliber. He also mentioned the future planning of the school to produce highly knowledgeable officers and personnel. The event concluded with a closing doa followed by a group photo session at the Parade Square, SOI RBLF.


SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE-14 SEKOLAH INFANTRI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PENANJONG GARISON, Jumaat 28 Julai 2023 – Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) menyambut Hari Ulang Tahun ke -14 pada hari ini, di Rumah Masak, Batalion Bantu TDDB.

 

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Faizal Azly bin Haji Rosli, Pegawai Pemerintah SI TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai dan anggota SI TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian anugerah kepada jurulatih, dan kakitangan awam SI TDDB.

 

Antara penerima anugerah ialah Sarjan Mohd Ariffin bin Haji Ismail untuk Jurulatih Terbaik dari Cawangan Peperangan Hutan, Sarjan Hamdani bin Sintai untuk Jurulatih Terbaik dari Cawangan Latihan Semboyan, Staf Sarjan Md Herman bin Ahmad untuk Jurulatih Terbaik dari Cawangan Perkembangan Lain-lain Peringkat, Staf Sarjan Nur Atiqah binti Haji Awang Mahani untuk Jurulatih Terbaik dari Cawangan Latihan Kawad, Staf Sarjan Muhd Azrin bin Haji Misir untuk Jurulatih Terbaik dari Cawangan Senjata Ringan dan Berat, Pegawai Waran Dua Nor Fadzli bin Mohammad dari Cawangan Latihan Kawad untuk Pegawai Tidak Bertauliah Kanan Terbaik dari Cawangan Latihan Kawad, Kopral Shahrizal bin Mohd Sazkir Yakob dari Cawangan Perkembangan Pegawai untuk Pegawai Tidak Bertauliah Terbaik, dan Siti Railah binti Idris untuk Kakitangan Awam Terbaik.

 

Sejurus selepas penyampaian anugerah, Pegawai Pemerintah SI TDDB menyampaikan kata-kata aluan, di mana beliau menekankan kepentingan pembelajaran dan pembangunan standard yang telah menjadikan SI TDDB sebagai sebuah sekolah yang berkaliber tinggi. Beliau juga meluahkan perancangan masa depan SI TDDB untuk terus melahirkan pegawai-pegawai dan anggota yang berpengetahuan tinggi. Majlis diakhiri dengan Doa Penutup, diikuti dengan bergambar ramai di Padang Kawad SI TDDB. ​