BERAKAS GARRISON, Friday, 21 July 2023 – Royal Brunei Land Force (RBLF) in collaboration with the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorates had joined and held a Special Religious Talk in conjunction with the celebration of Ilal Hijrah 1445 today at all Surau of RBLF camps concurrently with the focal event at Surau Al-Fa’izun Berakas Garrison which was organised by Ministry of Defence.

Present at the ceremony held at Surau Al-Fai’zun, Berakas Garrison was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also present were Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces, Acting Permanent Secretary, Services Commanders, Deputy Permanent Secretaries, officers and staff of the Ministry of Defence.

Also invited as special guests were member of the Legislative Council Zone 2 Brunei Muara District, Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi, Head Mukim of Lambak A and B, Awangku Amirnur Aminuddin bin Pengiran Haji Mohd Salleh, Acting Head Village Lambak Kiri and Haji Brahim bin Haji Abd Rahman Acting Head Village Lambak A. In addition, representative from Royal Brunei Police Force, Fire and Rescue Department, Royal Customs and Excise Department, Prison Department and Department of Immigration and National Registration were also invited. Also attended the similar ceremony held at all RBLF camps were respective Commanding Officers, officers and personnel.  

The event was enlivened with the recitation of verses from the Al-Qur’an and followed by a religious talk titled, ‘Agama Dipelihara, Negara Sejahtera‘ delivered by Dr Haji Harapandi Dahri from the Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPU SB). The ceremony ended with the recitation of Selawat Badriyyah, Zikir, as well as Sunat Dhuha prayer and recital of Doa Selamatkan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

The talk aims to inspire individuals to strengthen their faith in Islam, fostering a deep sense of loyalty to the religion as a sovereign nation. This collective devotion is envisioned to lead Brunei Darussalam towards perpetual prosperity, under the watchful protection of Allah Subhanahu Wata’ala.

 

CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1445

BERAKAS GARISON, Jumaat, 21 Julai 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei dengan kerjasama Jabatanarah Agama Angkatan bersenjata Diraja Brunei telah menyertai dan mengadakan Majlis Ceramah Khas sempena Sambutan Ilal Hijrah 1445 di semua surau perkhemahan TDDB secara serentak dengan tumpuan acara bertempat di Surau Al-Fa’izun Berakas Garison yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan.

Hadir bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fai’zun, Berakas Garison ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pemangku Setiausaha Tetap, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap berserta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan.

Turut diundang selaku Jemputan Khas ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara Zone 2 Daerah Brunei Muara iaitu Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi, Penghulu Mukim Lambak A dan B, Awangku Amirnur Aminuddin bin Pengiran Haji Mohd Salleh iaitu Pemangku Ketua Kampung Lambak Kiri dan Haji Brahim bin Haji Abd Rahman iaitu Pemangku Ketua Kampung Lambak ‘A’. Tambahan lagi, turut dijemput ialah wakil dari Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Turut hadir pada majlis serupa ialah Pegawai-pegawai Pemerintah, pegawai- pegawai dan anggota-anggota di setiap perkhemahan masing – masing.

Sambutan ini disemarakkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an, diikuti dengan penyampaian ceramah khas bertajuk ‘Agama Dipelihara, Negara Sejahtera’ yang disampaikan oleh Dr Haji Harapandi Dahri dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Majlis diakhiri dengan bacaan Selawat Badriyyah, Zikir, serta menunaikan Sembahyang Sunat Dhuha dan bacaan Doa Selamatkan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. 

Ceramah bertujuan untuk memberi inspirasi kepada individu agar memperkukuhkan akidah terhadap ugama Islam, memupuk rasa taat setia yang mendalam kepada agama sebagai sebuah negara yang berdaulat untuk membawa Negara Brunei Darussalam ke arah kemakmuran yang berterusan dan sentiasa di bawah perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala.​​