BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 12 July 2023 – The closing ceremony of the Intermediate (A2) Medical Assistant Course Session 2023 was held today at Ibnu Sina Hall, Medical Services Headquarters, Bolkiah Garrison. A total of 13 medical assistants from Medical Services completed the course with merit that took place from 05 May 2023 until 12 July 2023.
Present as the Guest of Honour was Colonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Chief Medical Officer. Also present at the ceremony were the Deputy Chief Medical Officer, Senior Medical Officers, Medical Service’s Officers and instructors from the Medical Training Wing.
The event commenced with the recital of Surah Al-Fatihah and ended with the presentation of certificates and awards by the Guest of Honour. Best Overall Student was awarded to Lance Corporal Muhammad Khairul Firdaus @ Abdul Haadi bin Khalidi from Rimba Airbase Medical Reception Station (MRS). Best Theory was awarded to Lance Corporal Nurazmiezal Maifaisal @ Muhd Farhan bin Amidon from Penanjong Garrison MRS and the Best Practical Award was awarded to Lance Corporal Mohd Jamalnazri bin Junadi from Berakas Garrison MRS.
This course serves to provide training for medical assistants in enabling them to provide independent initial management to patients in any situations. It also aims to improve the participants’ confidence level in their practical skills, enhance their evidence-based knowledge to respond efficiently and provide effective treatment.
MAJLIS PENUTUP KURSUS PENINGKATAN PEMBANTU PERUBATAN A2 SESI 2023
BOLKIAH GARISON, Rabu, 12 Julai 2023 – Majlis Penutup Kursus Peningkatan Pembantu Perubatan A2 Sesi 2023 telah dikendalikan pada hari ini bertempat di Dewan Ibnu Sina, Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Bolkiah Garison. Seramai 13 anggota Khidmat Perubatan dan Kesihatan telah menamatkan kursus tersebut dengan kepujian yang mana kursus ini telah bermula pada 05 Mei 2023 hingga 12 Julai 2023.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel (Dr) Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan, Ketua Pegawai Perubatan. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Perubatan, Pegawai-pegawai Perubatan Kanan, Pegawai-pegawai Khidmat Perubatan dan Kesihatan serta jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Perubatan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan penyampaian sijil dan anugerah yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Anugerah Peserta Terbaik Keseluruhan disandang oleh Las Kopral Muhammad Khairul Firdaus @ Abd Haadi bin Khalidi dari Pusat Khidmat Perubatan dan Kesihatan (PKPK) Pangkalan Rimba. Peserta Terbaik Teori disandang oleh Las Kopral Nurazmiezal Maifaisal @ Muhd Farhan bin Amidon dari PKPK Penanjong Garison, manakala Peserta Terbaik Praktikal pula disandang oleh Las Kopral Mohd Jamalnazri bin Junadi dari PKPK Berakas Garison.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran perubatan dalam pengendalian rawatan awal bagi merawat kecederaan pesakit dalam apa jua keadaan. Ia juga mampu memberi keyakinan kepada para peserta dalam mempraktikkan ilmu kemahiran perubatan yang dipelajari serta bertindak dengan lebih efisien bagi memberikan rawatan yang efektif.