THAILAND, Friday, 23 June 2023 – 31st ASEAN Armies Rifle Meet Technical Committee Meeting (AARM TCM), 24th ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (ACAMM) and 11th ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM) Working Group (WG) Meeting was successfully held in Hua Hin, Prachuap Khiri Khan Province, Thailand from 19 June 2023 until 23 June 2023.
Representing the RBLF for the WG Meeting for the 24th ACAMM and 11th ASMAM was Major Pengiran Haji Abu Bakar bin Pengiran Haji Tajudin, Staff Officer Grade 2 Doctrine, Royal Brunei Land Force (RBLF) Headquarters. While, AARM TCM is attended by Major Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, Commanding Officer of First Battalion RBLF, representing as the Contingent Commander and Major Mohammad Fadhil bin Dato Paduka Haji Mohd Said, Officer Commanding, Bolkiah Workshop, Land Engineering, Combat Service Support, RBLF as the Team Manager for RBLF Shooting Team in the 31st AARM.
The aim of the meeting was to discuss the conduct of this year’s AARM, ACAMM and ASMAM that is scheduled in November 2023 in Thailand and unilaterally cohesion among ASEAN countries. The meeting also includes presentation of the rules and procedures for the shooting competition as well as activities and administration preparation for ACAMM and ASMAM.

MESYUARAT TECHNICAL COMMITTEE AARM KE 31, ACAMM KE 24 DAN ASMAM KE 11
THAILAND, Jumaat, 23 Jun 2023 – Mesyuarat Technical Committee bagi perlawanan ASEAN Armies Rifle Meet ke-31 (AARM TCM), Mesyuarat ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (ACAMM) ke-24 dan ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM) Working Group (WG) ke-11 telah berlangsung pada 19 Jun 2023 hingga 23 Jun 2023 di Hua Hin, Wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand.
Hadir selaku wakil TDDB bagi Mesyuarat ACAMM ke-24 dan ASMAM ke-11 ialah Mejar Pengiran Haji Abu Bakar bin Pengiran Haji Tajudin, Timbalan Pegawai Turus Doktrin Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Bagi mesyuarat AARM TCM dihadiri oleh Mejar Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, Pegawai Pemerintah Batalion Pertama TDDB selaku Ketua Kontinjen dan Mejar Mohammad Fadhil bin Dato Paduka Haji Md Said, Pegawai Memerintah Woksyop Bolkiah, Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, TDDB sebagai Pengurus Pasukan Penembak TDDB bagi AARM ke-31.
Tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk membincangkan pengendalian AARM, ACAMM dan ASMAM yang dirancang untuk diadakan pada bulan November 2023 di Thailand dan mendapatkan perpaduan juga persepakatan di kalangan negara-negara ASEAN. Permesyuaratan tersebut juga merangkumi pembentangan mengenai memuktamadkan peraturan dan prosedur dalam perlawanan menembak AARM termasuk perbincangan lanjut untuk menetapkan aktiviti dan pentadbiran berkaitan ACAMM dan ASMAM.