BERAKAS GARRISON, Thursday, 15 June 2023 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Khatam Al-Quran Ceremony today in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 62nd Anniversary.
Present as the Guest of Honour at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of RBLF. Also present were the Chief of Staff RBLF, Senior officers, officers, and personnel of RBLF. Similar ceremonies were held simultaneously in all RBLF suraus attended by respective Commanding Officers, officers and personnel.
The event began with the recitation of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah, followed by the Bacaan Khatam, Surah Ad-Dhuha until Surah Al-Masad led by Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam of Surau-Al Faizun. It continued with Dikir Marhaban, Doa Khatam and the presentation of souvenirs to Khatam Al-Quran participants. The ceremony concluded with mass Fardhu Asar prayers and the recitation of Surah Al-Asr’, Tasbih Kaffarah and Doa Untuk Kedua Ibu Bapa.
The event is intended to instill love towards Al-Quran and to encourage the personnel of the RBLF to incorporate the Al-Quran in their daily lives to uphold His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s aspiration to make Brunei Darussalam a nation of Zikir and its citizens knowledgeable in the Al-Quran.





TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ANJURKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-62
BERAKAS GARISON, Khamis, 15 Jun 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke 62 pada hari ini.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TDDB. Majlis yang sama turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dengan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Pemerintah, pegawai-pegawai dan anggota-anggota mengikut perkhemahan masing – masing.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Khatam, Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad dipimpin oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam Surau-Al Faizun. Majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban, Doa Khatam dan penyampaian cenderahati kepada para peserta khatam yang terlibat. Majlis diakhiri dengan menunaikan sembahyang Fardhu Asar berjemaah, bacaan Surah Al-Asr’, Tasbih Kaffarah dan Doa Untuk Kedua Ibu Bapa.
Majlis ini dihasratkan mampu memberikan suntikan semangat serta galakan kepada warga TDDB untuk mencintai dan terus menghayati Al-Quran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian sebagai usaha dalam memperkukuhkan aspek kerohanian setiap anggota. Ia juga bagi mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dan rakyat yang celik Al-Quran.