BERAKAS GARRISON, Wednesday, 24 May 2023 –  The Royal Brunei Land Force (RBLF) today received a study visit from the 13th Command and Staff Course (CSC) from the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces led by Lieutenant Colonel (U) Awang Muhammad Amiruddin bin Haji Tuah, held at Officers’ Mess, Berakas Garrison.

Present as the guest of honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, the Commander of RBLF. Also in attendance were Deputy Commander RBLF, Senior officers and officers of RBLF. 

The visit commenced with a group photo and opening remarks by Major Haji Muhammad Faizi bin Haji Tarif, the course representative. A total of 40 course participants which comprised of local officers from RBAF tri-services, Royal Brunei Police Force (RBPF), Brunei Internal Security Department and foreign students from Malaysia, New Zealand, Bangladesh, Philippines, United Kingdom, Oman, Republic of Singapore, Indonesia, Australia, Pakistan, Arab Saudi and India attended the course this year.

The course participants was then briefed by the Commander of Royal Brunei Land Force where he highlighted the need to enhance military development based on the Defence White Paper (2021) aiming to shape Royal Brunei Armed Forces towards the Brunei 2035 vision. The visit then concluded with the presentation of mementos from course representatives to the Commander of RBLF.

 The study visit serves to provide firsthand knowledge of the role and capabilities of RBLF, particularly in areas of defence cooperation in maintaining peace and security, Humanitarian Assistance and Disaster Relief Operations within the region as well as the future prospects of the RBLF.

 

LAWATAN KERJA SAMBIL BELAJAR KURSUS MAKTAB TURUS SESI 13/2023 KE TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Rabu, 23 Mei 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pada hari ini menerima lawatan sambil belajar dari peserta Kursus Maktab Turus ke-13 dan Juruarah Kursus daripada Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (U) Awang Muhammad Amiruddin bin Haji Tuah bertempat di Mes Pegawai Batalion Ketiga TDDB, Perkhemahan Lumut. 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai TDDB.

Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi bergambar ramai diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Mejar Haji Muhammad Faizi bin Haji Tarif, wakil peserta kursus. Seramai 40 orang pegawai termasuk pegawai-pegawai tempatan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) , Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan pelajar asing yang terdiri dari Malaysia, New Zealand, Bangladesh, Filipina, United Kingdom, Oman, Republik Singapura, Indonesia, Australia, Republik Islam Pakistan, Arab Saudi dan Republik India telah menyertai kursus tersebut pada tahun ini.

Lawatan diteruskan dengan sesi bersama Pemerintah TDDB yang tertumpu kepada perancangan masa hadapan bagi TDDB berdasarkan dengan ‘The Defence White Paper’ dengan tujuan untuk memperkembangkan sekuriti dan pertahanan negara selaras dengan visi Wawasan Brunei 2035. Lawatan kemudian diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Pemerintah TDDB daripada wakil peserta kursus.

Lawatan sambil belajar itu bertujuan untuk memberi pengetahuan secara langsung tentang peranan dan keupayaan TDDB khususnya dalam bidang kerjasama pertahanan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan serta Operasi Bantuan Bencana Alam di rantau ini serta prospek masa depan TDDB.