BOLKIAH GARRISON, Friday, 26 May 2023 – PRIHATIN Centre Royal Brunei Armed Forces (PRIHATIN Centre RBAF) conducted a talk on Program Disiplin Anggota Tentera (PADAT) at Ibnu Sina Lecture Room, Medical Services Headquarters, Bolkiah Garrison.

A total of six officers and 91 other ranks from the Medical Services were present during the briefing delivered by Lieutenant Siti Zainab binti Ahmad, Counsellor, RBAF PRIHATIN Centre RBAF. The briefing emphasised on the importance of discipline, especially for military personnel and highlighted the types of Military Offences, Civil Offences and Syariah Offences.

PADAT is a guidance and counseling programme that serves to raise awareness to maintain a high standard of disciplinary values at all levels of leadership as well as disclosure of the types of offences that are chargeable and the repercussions that follow if found guilty.

 

 

TAKLIMAT PROGRAM KESEDARAN MENGENAI DISIPLIN ANGGOTA BAGI KHIDMAT PERUBATAN & KESIHATAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

 BOLKIAH GARISON, Juma’at, 26 Mei 2023 – Pusat PRIHATIN Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PRIHATIN ABDB) telah mengadakan Program Disiplin Anggota Tentera (PADAT) bertempat di Bilik Kuliah Ibnu Sina, Markas Khidmat Perubatan & Kesihatan, Bolkiah Garison.

Seramai enam pegawai dan 91 lain-lain peringkat daripada Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB telah hadir mengikuti taklimat berkenaan yang disampaikan oleh Leftenan Siti Zainab binti Ahmad, Kaunselor, Pusat PRIHATIN ABDB. Menerusi taklimat tersebut, beliau menekankan betapa pentingnya menanai disiplin sebagai anggota tentera dan menerangkan tentang jenis kesalahan tentera, kesalahan sivil dan kesalahan syariah.

PADAT merupakan sebuah program bimbingan dan kaunseling yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran bagi mengekalkan nilai disiplin yang tinggi di semua peringkat kepimpinan serta pendedahan mengenai jenis-jenis kesalahan yang boleh didakwa dan tindakan-tindakan yang boleh diambil sekiranya sabit kesalahan.