HONOLULU, Wednesday, 17 May 2023 – The Field Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF), Colonel Muhammad Shanonnizam bin Sulaiman, recently attended the Land Forces of the Pacific (LANPAC) Symposium and Exposition 2023 in Honolulu, Hawaii, United States of America. The LANPAC Symposium and Exposition is an international event hosted by The Association of the United States Army (AUSA) that brings together armies from the Indo-Pacific region for a conference.

This year’s theme was “Emerging Changes to Warfare” which emphasised the army’s role in preparing for future challenges such as Strategic Environment, Multi-Domain Operations and Land Force Increased Interoperability with Allies and partners. The conference emphasized the relationship between military readiness and assurance through combined joint training in a multi-domain operation within the Indo-Pacific. Over 25 countries attended this year’s event, which was launched by General A. Flynn, the Commanding General of the United States Army Pacific (USARPAC).

The Field Commander also visited exhibitors showcasing equipment, products, innovative technology and service solutions to enhance armies’ capabilities and address their requirements. The Symposium and Exposition aimed to provide an opportunity for allies and partners from across the Pacific region to exchange ideas and forge bilateral and multinational relationships through joint exercises or army-to-army talk. The RBLF has attended LANPAC since its inception in 2013.

PEMERINTAH MEDAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI LAND FORCE OF THE PACIFIC (LANPAC) SYMPOSIUM AND EXPOSITION 2023

HONOLULU, Rabu, 17 Mei 2023 – Pemerintah Medan Tentera Darat Diraja Brunei (RBLF), Kolonel Muhammad Shanonnizam bin Sulaiman, telah menghadiri Simposium dan Pameran Land Forces of the Pacific (LANPAC) 2023 di Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat. Simposium dan Pameran LANPAC adalah acara antarabangsa yang dianjurkan oleh Association of the United States Army (AUSA) yang menghimpunkan tentera-tentera dari rantau Indo-Pasifik untuk persidangan.

Tema tahun ini adalah “Emerging Changes to Warfare” yang menekankan peranan tentera dalam mempersiapkan diri untuk cabaran masa depan seperti Persekitaran Strategik, Operasi pelbagai Domain dan Peningkatan interoperability bersama dengan rakan-rakan serantau Indo-Pasifik. Persidangan ini menekankan hubungan antara kesediaan ketenteraan dan jaminan melalui latihan bersama gabungan dalam operasi pelbagai domain di dalam rantau Indo-Pasifik. Lebih daripada 25 negara menghadiri acara tahun ini, yang dilancarkan oleh Jeneral A. Flynn, Commanding General of the United States Army Pacific (USARPAC).

Pemerintah Medan juga melawat pameran yang mempamerkan peralatan, produk, teknologi inovatif dan penyelesaian perkhidmatan untuk meningkatkan keupayaan tentera dan menangani keperluan mereka. Simposium dan Pameran ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada allies dan partners dari seluruh rantau Pasifik untuk berbincang idea dan membina hubungan dua hala dan pelbagai hala melalui latihan bersama atau perbincangan tentera dengan tentera. RBLF telah menghadiri LANPAC sejak penubuhannya pada tahun 2013.