SUNGAI AKAR CAMP, Wednesday, 12 April 2023 – Royal Guards Regiment Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) held a presentation ceremony of the medals and challenge trophy today to winning sections that participated in the Commanding Officer’s (CO’s) Challenge at the Gurkha Reserve Unit (GRU) Cookhouse, Sungai Akar Camp. This challenge was held on 16 March 2023.
Present as the Guest of Honour was Major Norranellwi bin Siaran/Searan, Commanding Officer of RGdR RBLF. Also present were Officers-in-Command, officers and personnel of RGdR RBLF.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of medals to winning sections and the champion trophy to the section from Panglima Company. It concluded with the recitation of Doa Selamat and a group photo session.
The CO’s Challenge is one of the activities in the Regiment Competition RGdR RBLF which serves to create a cohesive unit and also to promote a healthier environment both physically and mentally for their personnel. Next challenge will be on a platoon level that would be held in May 2023 and June 2023.

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CABARAN PEGAWAI PEMERINTAH REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Rabu, 12 April 2023 – Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Pingat dan Piala Pusingan kepada seksyen-seksyen yang telah memenangi anugerah Cabaran Pegawai Pemerintah bertempat di Rumah Masak RPD, Perkhemahan Sungai Akar. Cabaran tersebut telah dilaksanakan pada 16 Mac 2023 yang lalu.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Norranellwi bin Siaran/Searan, Pegawai Pemerintah RPD TDDB. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pegawai-pegawai Memerintah, pegawai-pegawai dan anggota-anggota RPD TDDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan upacara penyampaian pingat dan piala pusingan yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Seksyen daripada Kompeni Panglima, RPD TDDB telah muncul sebagai juara dalam pertandingan tersebut. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.
Cabaran Pegawai Pemerintah merupakan salah satu dari aktiviti Perlawanan Rejimen RPD TDDB yang bertujuan untuk menyatupadukan unit berkenaan, di samping bagi meningkatkan lagi tahap kesihatan fizikal dan mental anggota melalui amalan gaya hidup yang sihat. Pertandingan seterusnya ialah peringkat platun yang dijadualkan untuk dilaksanakan pada bulan Mei dan Jun 2023.