LUMUT CAMP, Monday, 27 March 2023 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) conducted a cleaning campaign at Zainab Mosque, Lumut in conjunction of the blessed month of Ramadhan and as part of RBLF’s Community Outreach Campaign.

10 personnel from Bravo Company, 3Bn RBLF led by Lieutenant Mohammad Norhafiz bin Mohd Sani participated in the cleaning campaign, together with the mosque committee of Zainab Mosque, Lumut.

The campaign aims to inculcate teamwork and maintain cleanliness as encouraged in Islam. It also aims to further enhance spiritual development and strengthen bonds between the RBLF personnel and the community as well as to foster a desire to serve and contribute to the community.

BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ERAT HUBUNGAN BERSAMA MASYARAKAT

PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin, 27 Mac 2023 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah melaksanakan kempen kebersihan di Masjid Zainab, Lumut sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkah. Ia juga merupakan salah satu usaha TDDB dalam mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat.

Seramai 10 anggota dari Kompeni Bravo, 3Bn TDDB yang diketuai oleh Leftenan Mohammad Norhafiz bin Mohd Sani menyertai kempen kebersihan tersebut dengan kerjasama ahli jawatankuasa Masjid Zainab, Lumut.

Aktiviti berkebajikan ini bertujuan untuk menyemai sikap bergotong-royong dan amalan menjaga kebersihan yang sememangnya digalakkan dalam Islam. Ia juga  mampu meningkatkan kerohanian anggota di samping memupuk semangat untuk berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.