BELAIT DISTRICT, Saturday, 18 March 2023 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) as part of its community outreach campaign has participated in the Program Bersama Memeduli, which was organised by the  Belait District Religious Affairs Office.

Donations in the form of basic necessities, such as rice, cooking oil and dry food were presented by Staff Sergeant Mazlan bin Haji Abdul Rahman, as representative from 3Bn RBLF.

The purpose of the program is to celebrate the arrival of the blessed month of Ramadhan 1444, in addition to fostering concern and care for members of the community who are in need. As part of its community outreach campaign, 3Bn RBLF had taken the initiative to aid members of the community who are in need.  It also serves to further strengthen the bonds between the local residents and RBLF personnel.
BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERLIBAT DALAM KEMPEN BERSAMA MASYARAKAT

DAERAH BELAIT, Sabtu, 18 Mac 2023 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) terus bergiat aktif dalam kempen yang melibatkan kesejahteraan masyarakat. Melalui Program Bersama Memeduli yang diungkayahkan oleh Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, 3Bn TDDB berpeluang untuk membantu dalam menghulurkan derma yang disampaikan oleh Staf Sarjan Mazlan bin Haji Abdul Rahman selaku wakil 3Bn TDDB.

Penyampaian derma yang disumbangkan berupa makanan asasi seperti beras, minyak masak dan makanan kering.​

Tujuan program ini dijalankan ialah untuk menyemarakkan lagi ketibaan bulan Ramadhan 1444 Hijrah, di samping memupuk sifat prihatin dan pemedulian kepada ahli masyarakat yang memerlukan. 3Bn TDDB mengambil inisiatif berkebajikan tersebut sebagai salah satu daripada usaha menyumbang kepada masyarakat khususnya mereka yang memerlukan. Ia juga berperanan dalam mengukuhkan lagi ukhuwah silaturahim di antara anggota TDDB bersama penduduk kampung setempat.​​