LUMUT CAMP, Friday, 24 March 2023 – Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) has received personal gifts of dates from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The distribution of personal gift of dates was held at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp.

Present during the distribution of dates was Major Erawan bin Haji Abu Bakar, Commanding Officer of 3Bn RBLF. The dates were distributed to all personnel of 3Bn RBLF in conjunction of celebrating the holy month of Ramadhan 1444H.

BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERIMA KURMA KURNIA PERIBADI SEMPENA BULAN SUCI RAMADAN 1444 HIJRAH

PERKHEMAHAN LUMUT, Juma’at, 24 Mac 2023 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah menerima Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pengagihan kurma tersebut telah berlangsung di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut.

Hadir bagi menyempurnakan pengagihan Kurma Kurnia Peribadi berkenaan ialah Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Kurma Kurnia Peribadi telah diagihkan kepada semua warga 3Bn TDDB bersempena menyambut ketibaan bulan suci Ramadan 1444 Hijrah.​