TANAH JAMBU, Friday, 5th December 2025 – A total of 24 Royal Brunei Land Forces (RBLF) officers have successfully completed the Junior Officers Development Course (JODC) 02/2025, with a closing event held at the Auditorium, Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF). The six-week programme, conducted from 27th October to 5th December 2025, was participated by 44 officers from across the RBAF unit, including 11 from the Royal Brunei Navy and nine from the Royal Brunei Air Force.

The closing ceremony was officiated by Lieutenant Colonel Amirul Adly bin Haji Ali, Acting Commandant of the Defence Academy, and was also attended by senior officers, officers, course facilitators, and invited guests. The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah and verses 58 to 63 of Surah An-Nisa, led by Lieutenant Mohammad Noor Ridzwan bin Ahad from the Second Battalion RBLF, followed by remarks from the Acting Commandant. In his speech, he emphasised that this course underscores the RBAF’s commitment to developing officers who are not only well-informed but also well-prepared to think critically, lead confidently, and operate effectively in an increasingly complex security environment. This serves as a crucial stepping stone in preparing junior officers for greater responsibilities ahead, strengthening foundational military knowledge and leadership competencies.

The JODC is a mandatory course for officers holding the rank of Lieutenant as part of their promotion requirements to Captain. Throughout the course, participants undertook academic modules on leadership, military studies, defence and security, as well as regional and international affairs. They also engaged in team-building activities, individual and group presentations, and leadership reflection sessions to strengthen confidence and professional competence. The RBLF congratulates its officers on this achievement and reaffirms its commitment to developing the organisation’s future leaders.

24 PEGAWAI TDDB TAMAT JUNIOR OFFICERS DEVELOPMENT COURSE 02/2025

TANAH JAMBU, Jumaat, 05 Disember 2025 – Seramai 24 pegawai Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berjaya menamatkan Junior Officers Development Course (JODC) Siri 02/2025, dengan majlis penutup diadakan di Auditorium Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB). Program selama enam minggu itu, yang dijalankan dari 27 Oktober hingga 5 Disember 2025, telah disertai oleh 44 pegawai dari seluruh unit ABDB, termasuk 11 pegawai daripada Tentera Laut Diraja Brunei dan sembilan pegawai daripada Tentera Udara Diraja Brunei.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali, Pemangku Komandan Akademi Pertahanan, dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai, tenaga pengajar kursus serta para jemputan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah An-Nisa ayat 58 hingga 63 yang dipimpin oleh Leftenan Mohammad Noor Ridzwan bin Ahad dari Batalion Kedua TDDB, diikuti dengan ucapan Pemangku Komandan. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kursus ini menekankan komitmen ABDB untuk membangun pegawai yang bukan sahaja berpengetahuan luas, tetapi juga bersedia untuk berfikir secara kritikal, memimpin dengan yakin, dan beroperasi dengan berkesan dalam persekitaran keselamatan yang semakin kompleks.  Kursus ini juga berfungsi sebagai batu loncatan yang penting dalam mempersiapkan pegawai untuk tanggungjawab yang lebih besar di masa hadapan, sambil memperkukuh pengetahuan asas ketenteraan dan kecekapan kepimpinan.

JODC merupakan kursus wajib bagi pegawai-pegawai yang berpangkat Leftenan sebagai sebahagian daripada syarat kenaikan pangkat mereka ke Kapten. Sepanjang kursus, para peserta mengikuti modul akademik yang merangkumi kepimpinan, pengajian ketenteraan, keselamatan dan pertahanan serta isu-isu serantau dan antarabangsa. Para peserta turut terlibat dalam aktiviti Team Building, pembentangan individu dan berkumpulan serta sesi refleksi kepimpinan bagi meningkatkan keyakinan dan kompetensi profesional. TDDB merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai-pegawainya yang berjaya menamatkan kursus ini dan kekal komited dalam pembangunan kepimpinan masa depan organisasi.