REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday, 31st October 2025 – Lieutenant Colonel Haji Erawan bin Haji Abu Bakar, the Chief of Staff, Field Headquarters Royal Brunei Land Forces (TDDB), participated in the ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus Experts’ Working Group (ADMM-Plus EWG) on Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Conference in the context of climate change. It was held at the Grand Copthorne Waterfront Hotel, Republic of Singapore from 31st October 2025 until 02 November 2025.
The conference was co-chaired by Colonel Lew Tze Soon, Director of the Changi Regional HADR Coordination Centre, and Lieutenant Colonel Scott Cordwell, Deputy Director of Strategic Commitments from the New Zealand Defence Force. It brought together stakeholders from ADMM-Plus countries, comprising representatives from 11 ASEAN member states and eight Plus partner countries, to discuss strategies in enhancing preparedness and regional resilience against the impacts of climate change.
The conference featured a discussion workshop on Timor-Leste’s capacity-building needs as ASEAN’s newest member state, highlighting the importance of preparedness, adaptation, and mitigation in responding to climate-induced disasters. Such participation further demonstrates the Royal Brunei Armed Forces’ ongoing dedication to regional collaboration and its active role in strengthening military coordination for disaster response and humanitarian assistance within the ASEAN framework.

PEGAWAI TDDB SERTAI ADMM-PLUS EWG ON HADR
REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 31 Oktober 2025 – Leftenan Kolonel Haji Erawan bin Haji Abu Bakar, Ketua Staf, Markas Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah menyertai ASEAN Defence Ministers’ Meeting-Plus Experts’ Working Group (ADMM-Plus EWG) on Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Conference dalam konteks perubahan iklim. Ianya telah diadakan di The Grand Copthorne Waterfront Hotel, Republik Singapura dari 31 Oktober 2025 hingga 02 November 2025.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Kolonel Lew Tze Soon, Pengarah Changi Regional HADR Coordination Centre, dan Leftenan Kolonel Scott Cordwell, Timbalan Pengarah Komitmen Strategik, dari Angkatan Tentera New Zealand. Mesyuarat ini menghimpunkan pihak berkepentingan daripada negara-negara ADMM-Plus, termasuk wakil daripada 11 negara ASEAN dan lapan negara Rakan Dialog (Plus), bagi membincangkan strategi untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan daya tahan serantau terhadap impak perubahan iklim.
Mesyuarat ini turut menampilkan bengkel perbincangan mengenai keperluan pembangunan kapasiti Timor-Leste sebagai ahli ASEAN yang terbaru, yang menekankan kepentingan kesiapsiagaan, penyesuaian, dan mitigasi dalam menangani bencana yang dipengaruhi perubahan iklim.
Penyertaan seumpamanya mencerminkan dedikasi berterusan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam memperkukuhkan kerjasama serantau serta peranan aktifnya dalam mempertingkatkan koordinasi ketenteraan bagi tindak balas bencana dan bantuan kemanusiaan dalam rangka kerja ASEAN.