PENANJONG GARRISON, Wednesday, 12th November 2025 – The School of Infantry, Royal Brunei Land Forces (SOI RBLF), held a Handover and Takeover Ceremony between the outgoing Commanding Officer, Lieutenant Colonel Faizal Azly bin Haji Rosli, and the newly appointed Commanding Officer, Major Ahmad Bohare bin Haji Mansor, which took place at Theatre 1, SOI RBLF, Penanjong Garrison.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a farewell speech from the outgoing Commanding Officer. In his remarks, Lieutenant Colonel Faizal expressed his sincere appreciation to all personnel for their support, commitment, and dedication throughout his tenure. He also highlighted the importance of teamwork and determination in achieving the organisation’s goals.
The official signing of the Handover Certificate then took place, symbolising the formal transfer of leadership and responsibilities, followed by an inaugural speech by the newly appointed Commanding Officer. In his address, Major Ahmad Bohare expressed his gratitude to the outgoing Commanding Officer for his leadership and guidance. He then urged all personnel to perform their duties with excellence, uphold high standards of discipline among instructors and course participants, and maintain professionalism in line with the Royal Brunei Armed Forces Core Values. He further emphasised that the SOI RBLF must continue to develop confident, competent, and skilled soldiers to support the RBLF Commander’s intent towards achieving a Mission-Ready Land Forces. The ceremony concluded with the recitation of Doa and a group photo session.



MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH SEKOLAH INFANTRI TDDB
PENANJONG GARISON, Rabu, 12 November 2025 – Sekolah Infantri, Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah di antara Pegawai Pemerintah yang lama, Leftenan Kolonel Faizal Azly bin Haji Rosli, dan Pegawai Pemerintah yang baharu iaitu Mejar Ahmad Bohare bin Haji Mansor, yang berlangsung di Bilik Kuliah 1, SI TDDB, Penanjong Garison.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan perpisahan daripada Pegawai Pemerintah yang lama. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua warga SI TDDB atas sokongan, komitmen dan dedikasi mereka sepanjang tempoh kepimpinannya. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama berpasukan dan kesungguhan dalam mencapai matlamat organisasi.
Majlis diteruskan dengan penandatanganan sijil serah terima tugas yang menandakan penyerahan rasmi tampuk kepimpinan dan tanggungjawab, disusuli dengan ucapan oleh Pegawai Pemerintah yang baru. Dalam ucapannya, Mejar Ahmad Bohare menyampaikan penghargaan kepada Pegawai Pemerintah yang lama atas kepimpinan dan bimbingan beliau. Beliau juga menyeru agar semua anggota terus melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, mengekalkan tahap disiplin yang tinggi di kalangan jurulatih serta peserta kursus, dan mengekalkan profesionalisme sejajar dengan Nilai-Nilai Teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Beliau turut menegaskan bahawa SI TDDB perlu terus melahirkan peserta kursus yang berkeyakinan, cekap dan berkemahiran dalam mendokong hasrat Pemerintah TDDB ke arah mencapai Tentera Darat yang sentiasa bersiap sedia melaksanakan misi. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa dan sesi bergambar ramai.