BANGKOK, Thursday, 13 November 2025 – Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), attended the Defense and Security 2025 Exhibition, held from 10th to 13th November 2025 at the IMPACT Exhibition and Convention Center, Bangkok, Thailand. The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, also attended the exhibition.
Carrying the theme “Power of Partnership”, the exhibition emphasised the importance of strengthening regional and international cooperation in addressing evolving security challenges and enhancing defense preparedness through innovation and collaboration. Throughout the exhibition, the RBLF delegation visited various booths showcasing the latest defense technologies, systems, and integrated solutions from leading global defense and security industries. The delegation also interacted with military representatives and industry experts, sharing perspectives on capability development and exploring potential areas of cooperation.
Organised by the Thailand Ministry of Defence in collaboration with the Royal Thai Armed Forces, the exhibition is recognised as one of the premier defence events in the Asia-Pacific region. The participation of the RBLF demonstrates the Royal Brunei Armed Forces’ continued commitment to enhancing defense relations and promoting capacity-building and regional security collaboration.








PEMERINTAH TDDB HADIRI PAMERAN PERTAHANAN DAN KESELAMATAN 2025 DI BANGKOK, THAILAND
BANGKOK, Khamis, 13 November 2025 – Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), telah menghadiri Pameran Pertahanan dan Keselamatan 2025 yang berlangsung dari 10 hingga 13 November 2025 di IMPACT Exhibition and Convention Center, Bangkok, Thailand. Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, turut menghadiri pameran tersebut.
Bertemakan “Power of Partnership”, pameran itu menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin berkembang serta meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan melalui inovasi dan kolaborasi. Sepanjang pameran tersebut, delegasi TDDB telah mengunjungi pelbagai booth yang mempamerkan teknologi pertahanan terkini, sistem, serta solusi bersepadu daripada syarikat-syarikat industri pertahanan dan keselamatan antarabangsa. Delegasi turut berinteraksi dengan wakil ketenteraan dan pakar industri bagi berkongsi pandangan mengenai pembangunan keupayaan serta meneroka potensi kerjasama pada masa hadapan.
Dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Thailand dengan kerjasama Angkatan Bersenjata Diraja Thai, pameran itu diiktiraf sebagai salah satu pameran pertahanan terkemuka di rantau Asia-Pasifik. Penyertaan TDDB ini mencerminkan komitmen berterusan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam meningkatkan hubungan pertahanan dan memupuk pembangunan kapasiti, dan kerjasama keselamatan serantau.