MADANG, Tuesday, 07th October 2025 – In conjunction with Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam birthday celebration, members of the Royal Brunei Land Forces Wives’ Welfare Body (BAKTI) had participated in the Doa Kesyukuran ceremony organised by Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD), held at Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Madang.

The ceremony commenced with a mass Fardhu Asar prayer and the recitation of Sayyidul Istighfar and Selawat Tafrijiyyah, followed by the recitation of Surah Al-Fatihah led by Datin Hajah Dayang Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awg Mohd Yusof, President of MWNBD. The ceremony then proceeded with the recitation of Surah Yaasin and Doa led by Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar, Head of Religious MWNBD, before proceeding with Doa Kesyukuran in conjunction with Her Majesty’s Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha’s 79th birthday by Ustazah Hajah Fatimah binti Haji Ahmad from PERTIWI. The ceremony then concluded with Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam by Ustazah Julianawati binti Haji Hamdan from Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP).

 

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI

MADANG, Selasa, 07 Oktober 2025 – Bersempena dengan Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, ahli-ahli Badan Kebajikan Isteri-isteri (BAKTI) Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah turut serta menghadiri Doa Kesyukuran yang dikendalikan oleh Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) bertempat di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampong Madang.

Majlis dimulakan dengan Solat Fardhu Asar berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyah beramai-ramai serta bacaan Surah Al Fatihah yang dipimpin oleh Datin Hajah Dayang Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awg Mohd Yusof, Yang Di-Pertua Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD). Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan Doa diketuai oleh Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar, Ketua Bahagian Keagamaan MWNBD, sebelum disusuli dengan Doa Kesyukuran Sempena Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum  Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam yang dibacakan oleh Ustazah Hajah Fatimah binti Haji Ahmad dari Persatuan PERTIWI. Majlis diakhiri dengan  bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Ustazah Julianawati binti Haji Hamdan dari Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP).