PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA, Monday, 29 September 2025 – A total of 21 personnel from the Royal Brunei Land Forces (RBLF), comprising 4 officers and 17 other ranks, completed the seven-week Force Integration Training (FIT) in preparation for their upcoming deployment under the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) as part of the Malaysian Battalion (MALBATT) 850-13. The FIT concluded with a closing ceremony held at the MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, officiated by Major General Datuk Mohamed Fauzi bin Kamis, the Chief of Staff, Joint Forces Headquarters. Also in attendance was Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Abidin, Defence Adviser of Brunei Darussalam to Malaysia.

The training, which was conducted from 11th August until 29th September 2025, is aimed to equip RBLF personnel with essential knowledge, skills, and practical experience to effectively undertake their peacekeeping duties in UNIFIL. Throughout the seven weeks, participants underwent theoretical learning and field training in strengthening teamwork, discipline, and operational readiness aligned with UN peacekeeping standards.

The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) has continuously contributed to the UNIFIL peacekeeping mission since 2008, reflecting its commitment to international peace and stability. This involvement not only enhances the RBAF’s reputation and its personnel but also strengthens its role in international defence diplomacy.

LATIHAN PENYESUAIAN FORCE INTEGRATION TRAINING (FIT) UNIFIL TAMAT

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA, Isnin, 29 September 2025 – Seramai 21 anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang terdiri daripada 4 pegawai dan 17 anggota lain-lain peringkat, telah berjaya menamatkan latihan penyesuaian Force Integration Training (FIT) selama tujuh minggu bagi persediaan untuk penugasan di bawah United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) sebagai sebahagian daripada Malaysian Battalion (MALBATT) 850-13. Latihan ini telah diakhiri dengan majlis penutup yang diadakan di Perkampungan MALBATT, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, yang disempurnakan oleh Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi bin Kamis, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Abidin, Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Malaysia.

Latihan yang dijalankan dari 11 Ogos hingga 29 September 2025 itu adalah bertujuan untuk melengkapkan anggota TDDB dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman praktikal yang penting bagi melaksanakan tugas pengamanan di UNIFIL dengan berkesan. Sepanjang tujuh minggu, para peserta telah mengikuti pembelajaran teori dan latihan medan dalam mengukuhkan kerja berpasukan, disiplin, dan kesediaan operasi selaras dengan piawaian pengamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terus menyumbang kepada misi pengaman UNIFIL sejak 2008, yang mencerminkan komitmennya terhadap keamanan dan kestabilan antarabangsa. Penglibatan ini bukan sahaja meningkatkan reputasi ABDB dan anggotanya tetapi juga mengukuhkan peranannya dalam diplomasi pertahanan antarabangsa.