BOLKIAH GARRISON, Thursday, 10 July 2025 – The Capability Development Cell, Royal Brunei Land Forces (CDC RBLF) conducted Capability Management Study Day for RBLF Officers, delving into various topics in enhancing the effectiveness and future readiness of the RBLF. In attendance was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, RBLF Acting Commander, and were joined by RBLF Senior Officers and invited guests, which was held at Ibnu Sina Lecture Hall, Medical Services Headquarters, Bolkiah Garrison.
The session commenced with the opening remarks delivered by Lieutenant Colonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Head of CDC RBLF, who emphasised the importance of forward-looking capability management to anticipate future needs. The Study Day featured a series of insightful presentations covering key aspects of capability management such as Capability Frameworks, Governance and processes. A workshop-based approach was then conducted, providing officers the exposure to the existing capability processes and encouraging the direct application of newly acquired knowledge through interactive sessions and guided syndicate exercises.
Meanwhile, the Acting Commander of RBLF in his closing remarks highlighted that the Study Day served as an important platform for RBLF officers to critically assess and share insights on capability management, and to further enhance the officers’ understanding and application of capability management principles. He also urged all officers to engage in continuous learning for professional development, particularly in the dynamic field of capability management, and adept in capability management towards optimising the force’s effectiveness as well as ensuring the RBLF remains future-ready







HARI PENGAJIAN DALAM PENGURUSAN KEUPAYAAN
BOLKIAH GARISON, Khamis, 10 Julai 2025 – Pejabat Perkembangan Keupayaan Tentera, Tentera Darat Diraja Brunei (PKT TDDB) telah mengadakan Hari Pengajian dalam Pengurusan Keupayaan bagi Pegawai-pegawai TDDB, yang merangkumi pelbagai topik dalam meningkatkan keberkesanan dan kesediaan TDDB dimasa hadapan. Turut hadir ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB dan disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan TDDB, serta jemputan khas yang berlangsung di Dewan Ibnu Sina, Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Bolkiah Garison.
Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Leftenan Kolonel Haji Mushiri Zulkhibri bin Haji Awang, Ketua PKT TDDB, yang mana beliau menekankan kepentingan pengurusan keupayaan yang berpandangan jauh ke hadapan bagi menjangka keperluan masa depan. Hari Pengajian tersebut menampilkan beberapa pembentangan yang merangkumi aspek dalam pengurusan keupayaan seperti Rangka Kerja Keupayaan, Tadbir Urus dan proses yang berkaitan. Pendekatan berbentuk bengkel juga turut diadakan dalam memberikan pendedahan kepada para pegawai mengenai proses keupayaan yang sedia ada dan seterusnya mempraktikkan pengetahuan yang diperolehi melalui sesi interaktif serta latihan sindiket.
Sementara itu, Pemangku Pemerintah TDDB dalam ucapan penutupnya menekankan bahawa Hari Pengajian tersebut merupakan satu platform penting bagi Pegawai-pegawai TDDB untuk menilai secara kritikal serta berkongsi pandangan mengenai pengurusan keupayaan, di samping meningkatkan lagi kefahaman dan mempraktikkan prinsip-prinsip pengurusan keupayaan. Beliau juga menegaskan semua pegawai agar terus melibatkan diri dalam pembelajaran yang berterusan untuk pembangunan profesional, khususnya dalam bidang pengurusan keupayaan yang dinamik, dan mahir dalam pengurusan keupayaan ke arah mengoptimumkan keberkesanan serta memastikan TDDB sentiasa bersedia untuk masa hadapan.