BERAKAS GARRISON, Friday, 28 February 2025 – The Australian Army hosted the 1st Brunei – Australia Land Working Group with the Royal Brunei Land Forces (RBLF) which was held via Video Teleconference (VTC) at the RBLF Headquarters. The meeting was Co-chaired by Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Chief of Staff of the RBLF and Colonel Jo Richards, Director International Engagement of the Australian Army. Also present were Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Brunei Darussalam Defence Adviser to Australia, Lieutenant Colonel Paul Sanderson, Australia Defence Adviser to Brunei Darussalam, and other key personnel.

The meeting commenced with opening remarks from both Co-Chairman before proceeding with the agenda, which encompasses a discussion on various aspects of bilateral activities and programs between both armies, and further explore other potential areas of future cooperation. The inaugural Brunei-Australia Land Working Group marks a key milestone for both Armies in fostering professional development and networking, as well as to strengthen the existing defence relationships.

 

MESYUARAT PERTAMA KUMPULAN KERJA DARAT BRUNEI – AUSTRALIA

BERAKAS GARISON, Juma’at, 28 Februari 2025 – Tentera Darat Australia telah menghoskan Mesyuarat Pertama Kumpulan Kerja Darat Brunei – Australia bersama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang diadakan secara maya di Markas TDDB. Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf TDDB dan Kolonel Jo Richards, Pengarah International Engagement Tentera Darat Australia. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam ke Australia, Leftenan Kolonel Paul Sanderson, Penasihat Pertahanan Australia ke Negara Brunei Darussalam, dan pegawai-pegawai yang lain.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada kedua-dua Pengerusi Bersama sebelum meneruskan agenda yang merangkumi perbincangan mengenai pelbagai aspek aktiviti dan program dua hala antara kedua-dua tentera, dan seterusnya meneroka potensi bidang kerjasama yang lain di masa akan datang. Mesyuarat Kumpulan Kerja Darat Brunei – Australia yang julung kalinya diadakan ini setentunya merupakan kejayaan penting bagi kedua-dua Tentera Darat dalam memupuk pembangunan profesional dan rangkaian, serta mengukuhkan hubungan ketenteraan yang sedia ada.