BERAKAS GARRISON, Friday, 23rd August 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Khatam Al-Quran ceremony in conjunction with its 62nd Anniversary celebration at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main event at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison. Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the RBLF attended the ceremony and were also joined by senior officers, officers and RBLF personnel.

 

The ceremony began with the recital of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah led by the Commander of RBLF, followed by the recitation of Al-Quran from the Khatam Al-Quran participants, and Takhtim, Doa Khatam as well as Dikir Marhaban led by Captain Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT). A religious talk entitled “Kelebihan Membaca dan Mengkhatamkan Al-Quran” by Captain Mohd Ayza Azrine bin Ayahani from JAMA’AT was also held. The event concluded with Sunat Hajat prayer, Sunat Dhuha prayer and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, followed by a group photo session.

This year, a total of 242 personnel from all RBLF units participated and completed the recitation of the 30 Juz Al-Quran. This annual event serves to glorify the sanctity of Al-Quran and promote its teaching and practice by all RBLF Muslim personnel.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE-62

BERAKAS GARISON, Jumaat, 23 Ogos 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun TDDB ke-62 secara serentak di surau-surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan tumpuan utama di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison. Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB telah hadir bagi majlis tersebut dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pemerintah TDDB, diikuti dengan bacaan Al-Quran daripada peserta-peserta Khatam Al-Quran, dan bacaan Takhtim, Doa Khatam serta Dikir Marhaban yang diketuai oleh Kapten Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT). Ceramah agama bertajuk “Kelebihan Membaca dan Mengkhatamkan Al-Quran” yang disampaikan oleh Kapten Mohd Ayza Azrine bin Ayahani dari JAMA’AT juga turut diadakan. Majlis diakhiri dengan Solat Sunat Hajat berjemaah, Solat Sunat Dhuha dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, diikuti dengan sesi bergambar ramai.

Pada tahun ini, seramai 242 anggota daripada semua unit TDDB telah menyertai dan menyempurnakan bacaan 30 Juzuk Al-Quran. Acara tahunan ini bertujuan untuk memuliakan kesucian Al-Quran dan menggalakkan ajaran serta beramal dengannya bagi semua warga TDDB yang beragama Islam.