BOLKIAH GARRISON, Sunday, 8th November 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) participated in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Half-Marathon and 10km Race 2026, held alongside a Special Event in conjunction with the RBAF’s 65th Anniversary at the Mini Stadium, Bolkiah Garrison. The championship involved RBLF, Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF) and the Combined Team comprising personnel from the Ministry of Defence (MINDEF), Special Forces Regiment (SFR), Defence Academy RBAF (DA RBAF) and Training Institute RBAF (TI RBAF). Present to award the prizes to the winners was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander.
A total of 245 runners participated in the championship and Special Event, comprising 170 RBAF personnel and 75 participants from external agencies. The Special Event involved participants from the Royal Brunei Police Force (RBPF), Gurkha Security Unit (GSU), Royal Gurkha Rifles (RGR), Brunei Fire and Rescue Department (BFRD) and Prisons Department. The championship featured seven competitive categories, namely the Men’s 21.1km Team, 10km Open and 10km Veterans Open, as well as the Women’s 21.1km Open, 10km Team, 10km Open and 10km Veterans Open. A 5km Brisk Walk/Fun Run was also organised to promote a healthy and active lifestyle while strengthening camaraderie among participants.
RBLF personnel demonstrated commendable performances throughout the championship, securing two individual championship titles and several podium finishes. In the Women’s 10km Open Event, Lieutenant Suziyaney binti Md Zin emerged as champion, while Warrant Officer 2 Reza binti Saidi secured first place in the Women’s 10km Veterans Open Event. Additionally, Captain Dr Filzah Nadiah binti Dato Paduka Haji Mohd Hamid emerged as the best female runner in the 10km category, recording a time of 47 minutes and 05 seconds. Meanwhile, Corporal Md Adizul Fikri bin Haji Raduan secured second place in the Men’s 10km Open Event, Major Khairani binti Hj Noor Ismadi finished second in the Women’s 10km Veterans Open Event, while Lance Corporal Neilly binti Yakub secured third place in the Women’s 21.1km Open Event.
In the team categories, RBLF secured second place in both the Men’s 21.1km Team Event and the Women’s 10km Team Event. The Men’s 21.1km Team Event was won by the Combined Team, followed by RBLF and RBAirF, while the Women’s 10km Team Event was won by RBN, followed by RBLF and the Combined Team.
The annual championship aimed to promote physical fitness, sportsmanship and teamwork among RBAF personnel. The inclusion of the Special Event in conjunction with the RBAF’s 65th Anniversary further strengthened cooperation and camaraderie between the RBAF and participating external agencies through sporting activities.













TDDB MENYERTAI KEJOHANAN HALF-MARATHON DAN LARIAN 10KM PERINGKAT ABDB TAHUN 2026
BOLKIAH GARISON, Ahad, 08 November 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai Kejohanan Half-Marathon dan Larian 10km Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Tahun 2026 serta Acara Khas bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ABDB Ke-65 yang berlangsung di Stadium Mini, Bolkiah Garison. Kejohanan tersebut melibatkan penyertaan TDDB, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pasukan Gabungan yang terdiri daripada anggota Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Rejimen Pasukan Khas (RPK), Akademi Pertahanan ABDB (AP ABDB) dan Institut Latihan ABDB (IL ABDB). Hadir bagi menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB.
Seramai 245 peserta telah menyertai kejohanan dan Acara Khas tersebut, terdiri daripada 170 anggota ABDB dan 75 peserta daripada agensi-agensi luar. Acara Khas turut melibatkan penyertaan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Pasukan Sekuriti Gurkha (PSG), Royal Gurkha Rifles (RGR), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Penjara. Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan, iaitu Larian Berpasukan Lelaki 21.1km, Larian Terbuka Lelaki 10km, Larian Veteran Terbuka Lelaki 10km, Larian Terbuka Wanita 21.1km, Larian Berpasukan Wanita 10km, Larian Terbuka Wanita 10km dan Larian Veteran Terbuka Wanita 10km. Acara sampingan Brisk Walk/Fun Run sejauh 5km turut diadakan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.
Anggota TDDB telah mempamerkan prestasi yang membanggakan sepanjang kejohanan dengan meraih dua gelaran juara individu serta beberapa kedudukan podium. Bagi acara Larian Terbuka Wanita 10km, Leftenan Suziyaney binti Md Zin muncul sebagai johan, manakala Pegawai Waran 2 Reza binti Saidi meraih tempat pertama bagi acara Larian Veteran Terbuka Wanita 10km. Selain itu, Kapten Dr Filzah Nadiah binti Dato Paduka Haji Mohd Hamid turut muncul sebagai pelari wanita terbaik bagi kategori 10km dengan catatan masa 47 minit 05 saat. Sementara itu, Koperal Md Adizul Fikri bin Haji Raduan meraih tempat kedua bagi acara Larian Terbuka Lelaki 10km, Mejar Khairani binti Hj Noor Ismadi meraih tempat kedua bagi acara Larian Veteran Terbuka Wanita 10km, manakala Lans Koperal Neilly binti Yakub menduduki tempat ketiga bagi acara Larian Terbuka Wanita 21.1km. Bagi kategori berpasukan, TDDB meraih tempat kedua dalam acara Larian Berpasukan Lelaki 21.1km dan Larian Berpasukan Wanita 10km.
Acara Larian Berpasukan Lelaki 21.1km dimenangi oleh Pasukan Gabungan, diikuti oleh TDDB dan TUDB, manakala acara Larian Berpasukan Wanita 10km dimenangi oleh TLDB, diikuti oleh TDDB dan Pasukan Gabungan.
Penganjuran kejohanan tahunan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, menggalakkan kecergasan fizikal serta memperkukuhkan semangat berpasukan dalam kalangan anggota ABDB. Penyertaan agensi-agensi luar melalui Acara Khas bersempena Sambutan HUT ABDB Ke-65 turut mempererat hubungan kerjasama dan silaturahim antara ABDB dengan agensi-agensi yang terlibat melalui aktiviti kesukanan.