MALACCA, MALAYSIA, Saturday, 7th November 2026 – The 34th ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) 2026 officially commenced with an opening ceremony held at the 400-metre Terendak Shooting Range, Malacca, Malaysia. The ceremony was officiated by Lieutenant General Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Deputy Chief of Army, Malaysian Army, and attended by Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Acting Deputy Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), alongside other ASEAN Deputy Chiefs of Army and representatives.

During the ceremony, the Acting Deputy RBLF Commander also took the opportunity to interact with the RBLF Shooting Contingent, offering words of encouragement and emphasising the importance of maintaining discipline and professionalism throughout the competition. A total of 55 RBLF personnel are participating in this year’s meet, which includes five days of control practice from 1st to 5th November 2026, followed by 11 days of competitive matches from 6th to 16th November 2026. The annual meet brings together military marksmen from ASEAN armies to compete in various shooting categories, including rifle, pistol, carbine and machine gun.

Beyond the competition, AARM serves as a platform to strengthen solidarity and friendship among ASEAN armies through the exchange of experiences, enhanced cooperation and the promotion of regional peace and stability.

PERTANDINGAN MENEMBAK TENTERA-TENTERA ASEAN KALI KE-34 RASMI BERMULA

MELAKA, MALAYSIA, Sabtu, 7 November 2026 – Pertandingan Menembak Tentera-Tentera ASEAN Kali Ke-34 (ASEAN Armies Rifle Meet – AARM) 2026 telah rasmi bermula menerusi majlis pembukaan yang berlangsung di Lapang Sasar 400 Meter Terendak, Melaka, Malaysia. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Leftenan Jeneral Dato’ Mohamad Suria bin Mohamad Saad, Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, dan turut dihadiri oleh Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemangku Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), bersama Timbalan-Timbalan Panglima Tentera Darat ASEAN serta wakil-wakil yang lain.

Semasa majlis tersebut, Pemangku Timbalan Pemerintah TDDB turut berkesempatan berinteraksi bersama Kontinjen Menembak TDDB dengan menyampaikan kata-kata semangat serta menekankan kepentingan mengekalkan disiplin dan profesionalisme sepanjang pertandingan berlangsung. Seramai 55 anggota TDDB menyertai pertandingan pada tahun ini, yang merangkumi latihan kawalan selama lima hari dari 1 hingga 5 November 2026, diikuti dengan pertandingan sebenar selama 11 hari dari 6 hingga 16 November 2026. Pertandingan tahunan ini menghimpunkan penembak tentera dari negara-negara ASEAN untuk bersaing dalam pelbagai kategori menembak, termasuk raifal, pistol, karbin dan mesingan.

Selain menjadi medan pertandingan, AARM turut berperanan sebagai platform untuk memperkukuh perpaduan dan persahabatan antara tentera darat negara-negara ASEAN melalui pertukaran pengalaman, peningkatan kerjasama serta usaha menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau.