BERAKAS GARRISON, Friday, 6 November 2026 – Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, received a farewell call from Commander Bert Bratton, outgoing Chief of the U.S. Military Group to Brunei Darussalam, and an introductory call from Lieutenant Commander Sarah E. C. Jones, incoming Chief of the U.S. Military Group to Brunei Darussalam, at RBLF Headquarters.

During the calls, RBLF Commander thanked CDR Bratton for his contributions to defence cooperation between Brunei Darussalam and the United States and wished him success in his next assignment. RBLF Commander also welcomed LCDR Jones and reaffirmed the commitment to continued cooperation with the U.S. Military Group.

RBLF Commander and both U.S. representatives exchanged views on bilateral training, joint capability development and professional development opportunities for RBLF personnel.

CDR Bratton has served as Chief of the U.S. Military Group to Brunei Darussalam since December 2023. LCDR Jones previously served with U.S. Forces Korea (USFK) at Camp Humphreys, South Korea, from 2023 to 2026.

PEMERINTAH TDDB MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DAN PENGENALAN DARIPADA KETUA KUMPULAN KETENTERAAN AMERIKA SYARIKAT

BERAKAS GARISON, Jumaat, 6 November 2026 – Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), menerima kunjungan perpisahan daripada Commander Bert Bratton, Chief of the U.S. Military Group to Brunei Darussalam yang akan menamatkan tempoh perkhidmatannya, serta kunjungan pengenalan daripada Lieutenant Commander Sarah E. C. Jones di Markas TDDB.

Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TDDB merakamkan penghargaan kepada CDR Bratton atas sumbangan beliau dalam memperkukuh kerjasama pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat serta mengucapkan selamat maju jaya dalam penugasan seterusnya. Pemerintah TDDB turut mengalu-alukan LCDR Jones dan menegaskan komitmen untuk meneruskan kerjasama dengan Kumpulan Ketenteraan Amerika Syarikat.

Pemerintah TDDB dan kedua-dua wakil Amerika Syarikat bertukar pandangan mengenai latihan dua hala, pembangunan keupayaan bersama serta peluang pembangunan profesional bagi warga TDDB. CDR Bratton telah berkhidmat sebagai Chief of the U.S. Military Group to Brunei Darussalam sejak Disember 2023. LCDR Jones sebelum ini berkhidmat bersama U.S. Forces Korea (USFK) di Camp Humphreys, Korea Selatan, dari tahun 2023 hingga 2026