REPUBLIC OF SINGAPORE, Tuesday, 15th September 2026 – Two personnel from the Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), namely Corporal Ermy Shahromzie bin Musa and Lance Corporal Mohd Adib Sholehin bin Sidop, have successfully completed the Tactical Combat Casualty Care (TCCC) Course conducted at the Singapore Armed Forces Medical Training Institute (SMTI), Nee Soon Camp, Republic of Singapore, from 7th to 16th  September 2026.

The 10-day course has provided participants with comprehensive theoretical and practical training in the assessment, stabilisation and management of casualties in a tactical environment. The training covers respiration assessment and management during tactical field care, prevention and management of hypothermia, head injuries, eye injuries and their associated treatment, as well as haemorrhage control during tactical field care. 

The successful completion of the course reflects the continued commitment of Medical Services RBLF in developing highly skilled military medical personnel while strengthening military medical cooperation between the RBAF and the Singapore Armed Forces (SAF) through professional training and knowledge exchange, ultimately enhancing the delivery of military healthcare services for the benefit of RBAF personnel.

DUA ANGGOTA KHIDMAT PERUBATAN DAN KESIHATAN TDDB BERJAYA MENAMATKAN KURSUS TACTICAL COMBAT CASUALTY CARE (TCCC) DI SINGAPURA

REPUBLIK SINGAPURA, Selasa, 15 September 2026 – Dua anggota daripada Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), iaitu Koperal Ermy Shahromzie bin Musa dan Lans Koperal Mohd Adib Sholehin bin Sidop, telah berjaya menamatkan Kursus Tactical Combat Casualty Care (TCCC) yang dikendalikan di Singapore Armed Forces Medical Training Institute (SMTI), Nee Soon Camp, Republik Singapura, dari 7 hingga 16 September 2026.

Kursus selama 10 hari tersebut telah memberikan latihan teori dan praktikal yang komprehensif kepada peserta dalam penilaian, penstabilan dan pengurusan mangsa dalam persekitaran taktikal. Latihan merangkumi penilaian dan pengurusan pernafasan semasa tactical field care, pencegahan dan pengurusan hipotermia, kecederaan kepala, kecederaan mata serta rawatan yang berkaitan, di samping kawalan pendarahan semasa tactical field care

Kejayaan menamatkan kursus ini mencerminkan komitmen berterusan Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dalam membangunkan anggota perubatan tentera yang berkemahiran tinggi di samping memperkukuhkan kerjasama dalam bidang perubatan ketenteraan antara ABDB dan Angkatan Bersenjata Singapura (ABS) melalui latihan profesional serta pertukaran pengetahuan, sekali gus mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan ketenteraan kepada seluruh warga ABDB.