CZECH REPUBLIC, Monday, 7th September 2026 – Colonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief Dental Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF) and Major Dr Hj Kamal Hilmie bin Dato’ Seri Setia Hj Tasim, Dental Officer RBLF attended the Section of Defence Forces Dental Services (SDFDS) Annual Meeting at the Diplomat Hotel and the Fédération Dentaire Internationale Annual World Dental Congress (FDI AWDC) at the O2 Convention Centre in Prague, Czech Republic held from 31st August to 7th September 2026.
A total of more than 6,000 participants from 100 countries attended the FDI. There was also 82 Dental Services Chiefs and Dental Officers from 29 countries, organised by the SDFDS Executive Committee, where Colonel Dr Jefri serves as the Secretary, one of its five key positions.
During the meeting, Colonel Dr Jefri moderated a session of presentations on the theme ‘Ensuring Operational Readiness,’ and the efforts in optimising dental fitness towards achieving this aim. He also moderated an open discussion forum titled ‘Current Challenges in Recruitment and Development of Military Dental Professionals’ where countries shared their current challenges and approaches in addressing this important issue. He was also re-elected for a second tenure as Secretary to the SDFDS Executive Committee after securing the majority vote by the attending countries.
Representing Brunei Darussalam, Major Dr Hj Kamal delivered a presentation titled ‘Survival Rates of Tooth-Supported Bridges Fabricated by Different Workflows: A Systematic Review’, where he assessed whether a dental bridge fabricated from a fully digital workflow is a viable treatment option. The RBLF delegation also attended the Dental Trade Exhibition, showcasing the latest in dental technical equipment, treatment modalities, materials and technology currently available on the market in the field of dentistry.
The SDFDS Annual Meeting is a regular major forum for international military dental services that includes presentations and discussions on the themes of strategising service delivery, optimising clinical care, operational military dentistry, ensuring operational readiness and innovations in military dental scientific research. FDI AWDC is the flagship annual world congress that provides a platform for sharing knowledge, presenting the latest research, innovations, technologies, and best practices in dentistry. FDI works with its members to raise awareness about the importance of good oral health and its vital role in securing overall health and well-being. FDI is dedicated to safeguarding the health of people worldwide through improved prevention, treatment, and control of oral diseases.







KHIDMAT PERGIGIAN TDDB SERTAI MESYUARAT TAHUNAN SDFDS DAN KONGRES PERGIGIAN TAHUNAN SEDUNIA FDI
REPUBLIK CZECH, Isnin, 7 September 2026 – Kolonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Mejar Dr Hj Kamal Hilmie bin Dato’ Sri Setia Hj Tasim, Pegawai Pergigian TDDB telah menghadiri Mesyuarat Tahunan Section of Defence Forces Dental Services (SDFDS) di Diplomat Hotel dan Fédération Dentaire Internationale Annual World Dental Congress (FDI AWDC) di Pusat Konvensyen O2 yang diadakan pada 31 Ogos hingga 7 September 2026 di Prague, Republik Czek.
Seramai lebih dari 6,000 peserta dari 100 negara telah menyertai Mesyuarat Tahunan SDFDS. Ianya juga terdiri daripada 82 Ketua Perkhidmatan Pergigian Tentera dan Pegawai Pergigian dari 29 negeri yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif SDFDS, di mana Kolonel Dr Jefri dilantik selaku Setiausaha, salah satu daripada lima jawatan utama.
Kolonel Dr Jefri menganjur sesi pembentangan bertemakan ‘Menjamin Kesiapsiagaan Operasi,’ merangkumi inisiatif meningkatkan tahap kesihatan pergigian ke arah mencapai matlamat ini. Beliau juga menganjur forum perbincangan terbuka bertajuk ‘Cabaran Semasa dalam Pengambilan dan Pembangunan Profesional Pergigian Tentera’ dimana para wakil antarabangsa berkongsi cabaran dihadapi dalam menangani isu penting ini. Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif SDFDS baru juga dilaksanakan di mana beliau dilantik semula sebagai Setiausaha setelah memperoleh undian majoriti daripada para perwakilan negara yang hadir.
Mewakili Negara Brunei Darussalam, Mejar Dr Hj Kamal menyampaikan pembentangan bertajuk ‘Survival Rates of Tooth-Supported Bridges Fabricated by Different Workflows: A Systematic Review’, di mana beliau menilai sama ada rawatan pergigian yang dihasilkan melalui aliran kerja digital sepenuhnya merupakan pilihan rawatan yang sebaiknya. Delegasi TDDB juga menghadiri Pameran Perdagangan Pergigian, yang mempamerkan peralatan teknikal pergigian, modaliti rawatan, bahan, dan teknologi terkini yang tersedia di pasaran dalam bidang pergigian.
Mesyuarat Tahunan SDFDS merupakan forum utama yang lazim bagi perkhidmatan pergigian tentera antarabangsa yang merangkumi pembentangan dan perbincangan mengenai strategi penyelenggaraan perkhidmatan, penjaminan kualiti klinikal, operasi pergigian tentera, kesiapsiagaan operasi dan inovasi dalam penyelidikan saintifik pergigian tentera. FDI AWDC ialah kongres tahunan dunia utama yang menyediakan platform untuk perkongsian pengetahuan, pembentangan penyelidikan terkini, inovasi, teknologi, dan amalan terbaik dalam bidang pergigian. FDI bekerjasama dengan ahli-ahlinya untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mulut yang baik dan peranan pentingnya dalam menjamin kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan. FDI komited untuk memelihara kesihatan penduduk di seluruh dunia melalui peningkatan pencegahan, rawatan, dan kawalan penyakit mulut.