PENANJONG GARRISON, Friday, 21 August 2026 – A total of 194 male recruits of the 180th Intake successfully completed their Basic Military Training during a Passing Out Parade Ceremony held at the Parade Square, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Penanjong Garrison. Of the total, 169 recruits are from the Royal Brunei Land Forces (RBLF).
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Joint Force Commander, Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also in attendance were Deputy Service Commanders, Directors, senior officers, officers and personnel from the Ministry of Defence, as well as families and guardians of the graduating recruits.
The ceremony commenced with the inspection of the parade by the Guest of Honour, followed by his address. In his remarks, the Guest of Honour congratulated the recruits on completing their Basic Military Training and emphasised the importance of discipline, integrity, military values and spiritual resilience in safeguarding national defence.
Several awards were presented in recognition of outstanding performance throughout the training. Recruit Mohd Fitri Aminuddin bin Asman was awarded Overall Best Recruit, while Recruit Abd Khaliq bin Suhaidi received the Best in Military Skills Award. The Best in Small Arms Training Award was presented to Recruit Muhd Amar Raziq bin Rosman, RBN, while Recruit Muhd Izran bin Izlin received the Best in Physical Training Award. The Best Platoon Sergeant Award was presented to Sergeant Shafwan bin Mohaimin, while the Best Section Commander Award was presented to Lance Corporal Md Daniel Firdaus bin Abdullah Roddy Suhardy.
The ceremony concluded with the recitation of doa, signifying the completion of Basic Military Training and the recruits’ transition into full-fledged members of the RBAF.











PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-180 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Jumaat, 21 Ogos 2026 – Seramai 194 Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-180 telah berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan melalui Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison. Daripada keseluruhan rekrut tersebut, seramai 169 rekrut adalah daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Pemerintah Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan, serta keluarga dan penjaga rekrut yang diraikan.
Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Tetamu Kehormat, diikuti dengan penyampaian ucapan. Tetamu Kehormat mengucapkan tahniah kepada para rekrut atas kejayaan menamatkan Latihan Asas Ketenteraan serta menekankan kepentingan disiplin, integriti, nilai-nilai ketenteraan dan kekuatan kerohanian dalam melaksanakan tanggungjawab mempertahankan pertahanan negara.
Sebagai penghargaan atas kecemerlangan sepanjang latihan, beberapa anugerah telah disampaikan kepada rekrut dan jurulatih dalam kategori masing-masing. Rekrut Mohd Fitri Aminuddin bin Asman telah dianugerahkan sebagai Rekrut Terbaik Keseluruhan, manakala Rekrut Abd Khaliq bin Suhaidi menerima Anugerah Terbaik dalam Kemahiran Ketenteraan. Anugerah Terbaik dalam Latihan Senjata Ringan telah disampaikan kepada Rekrut Muhd Amar Raziq bin Rosman, TLDB, manakala Anugerah Terbaik dalam Latihan Jasmani telah disampaikan kepada Rekrut Muhd Izran bin Izlin. Anugerah Platun Sarjan Terbaik pula telah dianugerahkan kepada Sarjan Shafwan bin Mohaimin, manakala Anugerah Ketua Seksyen Terbaik telah disampaikan kepada Lans Koperal Md Daniel Firdaus bin Abdullah Roddy Suhardy.
Upacara diakhiri dengan bacaan doa, yang menandakan selesainya Latihan Asas Ketenteraan serta peralihan para rekrut sebagai anggota penuh ABDB yang bersedia memikul tanggungjawab dalam mempertahankan Negara Brunei Darussalam.