BINTURAN, Thursday, 20 August 2026 – The Closing Ceremony of Exercise Pahlawan Warrior 04/2026 was held at the Binturan Field Firing Area (FFA), Penanjong Garrison, marking the conclusion of the bilateral exercise between the Royal Brunei Land Forces (RBLF), and the United States Army Pacific (USARPAC) which was held from 11 to 20 August 2026. Present at the ceremony were Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Chief of Staff, RBLF, and Brigadier General Colby B. Wyatt, Director of the Joint Staff, Oklahoma National Guard.
Throughout the exercise, personnel from both forces conducted training serials including integration training, jungle operations, live firing, air mobility operations and tactical training. These serials provided opportunities to enhance interoperability, operational readiness and the exchange of military knowledge and experience.
Subject Matter Expert Exchanges (SMEEs) on Cyber Defence, Public Affairs and Military Medicine were also conducted as part of the exercise, providing a platform for both forces to share expertise and best practices in the respective fields.
Exercise Pahlawan Warrior 04/2026 achieved its objectives of enhancing cooperation, interoperability and professional understanding between the RBLF and OKNG. The exercise also reflects the continued defence cooperation between Brunei Darussalam and the United States of America.























UPACARA PENUTUP EKSESAIS PAHLAWAN WARRIOR 04/2026
BINTURAN, Khamis, 20 Ogos 2026 – Upacara Penutup Eksesais Pahlawan Warrior 04/2026 telah berlangsung di Lapang Sasar Padang Tembak Binturan, Penanjong
Garison, menandakan berakhirnya eksesais dua hala antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan United States Army Pacific (USARPAC) yang telah dilaksanakan selama 10 hari, dari 11 hingga 20 Ogos 2026. Hadir di upacara tersebut ialah Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf, TDDB dan Brigadier Jeneral Colby B. Wyatt, Director of the Joint Staff, Oklahoma National Guard.
Sepanjang pelaksanaan eksesais, anggota daripada kedua-dua angkatan darat telah menyertai beberapa siri latihan yang merangkumi latihan integrasi, operasi hutan, menembak peluru hidup, operasi mobiliti udara dan latihan taktikal. Latihan tersebut telah memberikan peluang untuk meningkatkan kebolehoperasian bersama, kesiapsiagaan operasi serta pertukaran pengetahuan dan pengalaman.
Pertukaran Pakar Bidang (Subject Matter Expert Exchanges – SMEEs) dalam bidang Pertahanan Siber, Public Affairs (PA) dan Perubatan Tentera turut menjadi sebahagian daripada latihan, sekali gus memberi peluang kepada kedua-dua angkatan darat untuk berkongsi pengetahuan, kepakaran dan amalan terbaik dalam bidang masing-masing.
Eksesais Pahlawan Warrior 04/2026 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dengan memperkukuh kerjasama, meningkatkan interoperabiliti serta mempererat persefahaman profesional antara TDDB dan OKNG. Pelaksanaan eksesais ini turut mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat.