BERAKAS GARRISON, Wednesday 14 August 2019 – The festivities of Hari Raya Aidiladha continued to be celebrated with Korban and Aqiqah ceremonies held by the Royal Brunei Land Force (RBLF) from 10 Zulhijjah until 13 Zulhijjah 1440.
Present as the Guest of Honour for the Korban and Aqiqah ceremony held at Surau Al-Fai’zun, Berakas Garrison was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of RBLF. A total of five buffaloes were sacrificed and the meat was later distributed to the invited Head of Village, civilian staff and asnaf group living in the vicinity of Berakas Garrison.
Meanwhile, at the Tutong Camp, Second Battalion RBLF (2Bn RBLF) also held a Korban and Aqiqah ceremony at the 2Bn Cookhouse where two buffaloes and two goats were sacrificed. Present to distribute the meat was Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, the Commanding Officer, 2Bn RBLF.
A similar ceremony was also held at the Lumut Camp, Third Battalion, RBLF (3Bn RBLF) where two buffaloes and six goats were sacrificed and its meat distributed by Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Commanding Officer of 3Bn RBLF.
A total of 09 buffaloes and 08 goats were sacrificed for the Korban and Aqiqah events. Apart from forging closer ties among officers and personnel of RBLF, the ceremonies are commendable practices in Islam that Muslims are encouraged to perform in the days of Tasyrik.


MAJLIS IBADAH KORBAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 1440/2019
BERAKAS GARISON, Rabu 14 Ogos 2019 – Kemeriahan Hari Raya Aidiladha terus disemarakkan lagi dengan pelbagai majlis ibadah korban yang diadakan oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dari 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah 1440.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ibadah korban yang diadakan di perkarangan Surau Al – Fai’zun Berakas Garison ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Sebanyak lima ekor kerbau telah di korbankan dan daging korban tersebut kemudian diagih-agihkan kepada Ketua-Ketua Kampong yang dijemput, kakitangan awam dan golongan-golongan asnaf yang tinggal berhampiran Berakas Garison.
Manakala Majlis korban bagi Perkhemahan Tutong, Batalion Kedua TDDB telahpun diadakan di Rumah Masak 2Bn dimana sebanyak dua ekor kerbau dan dua ekor kambing telah di korbankan. Daging-daging korban telahpun di agihkan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri Bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah, 2Bn TDDB.
Acara korban dan aqiqah yang sama juga telah dilaksanakan di Perkhemahan Lumut, Batalion Ketiga TDDB dimana pengagihan daging sebanyak dua ekor kerbau dan enam ekor kambing disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pegawai Pemerintah 3Bn.
Secara keseluruhan, sebanyak 09 ekor kerbau dan 08 ekor kambing telah di korbankan pada tahun ini. Ibadah korban ini adalah amalan yang terpuji dalam Islam yang mana orang-orang Islam digalakkan untuk menunaikannya pada hari-hari Tasyrik.