
BANGAR CAMP, Friday 26 July 2019 – First Battalion, Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) held Exercise Semangat Wira 2019 which took place from 18 July until 26 July 2019. The concepts of the exercise are Internal Security Operation and Counter- Insurgency Operation planned according to the training phases. The exercise is a continuation of the platoon/company level exercises as well as a preparation for the upcoming Royal Brunei Land Force and Royal Brunei Armed Forces exercises.
Exercise Semangat Wira 2019 also welcomed visits from Colonel Azman bin Haji Bangkol, Chief of Staff RBLF as well as Awang Abd Ghani bin Haji Othman, Acting Temburong District Officer, ASP Pg Azlan Shah bin Pg Hj Ahmad, Acting Commanding Officer of Temburong District Police and The Honorable Haji Emran bin Haji Sabtu, Penghulu Mukim Bokok.
The visit commenced with Lieutenant Colonel Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Commanding Officer of 1Bn RBLF inviting all visitors to the exercise’ operational brief presented by Major Haji Awang Zuraihi bin Haji Awang Ash’ari, Deputy Commanding Officer of 1Bn RBLF at the Battalion Mobile Command Post. The visitors were then brought to witness the River Patrol Operation at Sungai Tanjung Bungar, Vehicle Check Point Operation at Kampong Maniup and a Company Attack at Kampong Kenua Primary School. The visit concluded with a lunch at Bangar Camp Officers’ Mess.
Apart from providing a platform for the battalion to test and train its capability in command and control, operational planning, reconnaissance, intelligence, communication and sustainment, it also provided an avenue for 1Bn RBLF to strengthen its relationship with the local stakeholders within its tactical area of responsibility in-line with the exercise concept.
LAWATAN KETUA STAF TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE EKSESAIS SEMANGAT WIRA 2019
PERKHEMAHAN BANGAR, Jumaat 26 Julai 2019 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah melaksanakan Eksesais Semangat Wira 2019 yang telah berlangsung pada 18 Julai 2019 dan berakhir pada 26 Julai 2019. Konsep eksesais kali ini merupakan Operasi Keselamatan Dalam Negeri dan Operasi Melawan Insurgensi melalui fasa-fasa latihan yang dirancang. Eksesais ini adalah merupakan kesinambungan kepada eksesais-eksesais peringkat platun/kompeni yang telah dilaksanakan dan juga sebagai persiapan bagi menghadapi eksesais peringkat Tentera Darat Diraja Brunei dan peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang akan datang.
Eksesais Semangat Wira 2019 juga telah menerima lawatan daripada Yang Mulia Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Ketua Staf TDDB. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Yang Mulia Awang Abd Ghani bin Haji Othman, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, ASP Pengiran Azlan Shah bin Pengiran Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong dan Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu, Penghulu Mukim Bokok.
Lawatan dimulakan dengan Yang Mulia Leftenan Kolonel Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB menjemput para jemputan untuk penyampaian taklimat operasi eksesais di Pos Perintah Bergerak Batalion yang disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Haji Awang Zuraihi bin Haji Awang Ash’ari, Timbalan Pemerintah Batalion Pertama TDDB.
Lawatan diteruskan dengan menyaksikan operasi rondaan sungai di Sungai Tanjung Bungar, operasi sekatan jalan raya di Kampong Maniup dan akhir sekali serangan kompeni ke atas pangkalan musuh di Sekolah Rendah Kampong Kenua. Lawatan diakhiri dengan Makan Tengahari di Mes Pegawai Perkhemahan Bangar.
Selain daripada menguji dan melatih keupayaan batalion ini dalam perintah dan kawalan, perancangan operasi, peninjauan, perisikan, perhubungan dan ulangbekal, eksesais ini juga adalah bertujuan untuk untuk mengeratkan lagi perhubungan dengan agensi-agensi kerajaan di dalam Kawasan tanggungjawab taktikal Batalion Pertama TDDB dengan memperkukuhkan hubungan dengan stake holder berkepentingan sejajar dengan konsep eksesais.


