ANDUKI, Friday, 19 April 2019– Personnel from Company C of the Third Batallion, Royal Brunei Land Force held a cemetery cleaning campaign together with Religious Bureau MPM Liang and the residents of Lumut Village. Present for the campaign was The Honourable Awang Haji Abd Hamid bin Awang Haji Momin,  a Member of the Legislative Council and Head of Mukim Liang.

The cleaning campaign started at the cemetery followed by the recital of Surah Yassin, Tahlil and Doa Tahlil by Imam Muhammad Ikhwan bin Irwan as the head of Religious Bureau MPM Liang.

The campaign is a yearly activity in conjuction with the upcoming Ramadan month. The purpose of the activity are to strengthen ties with the local community and enhance spiritual development by providing service and contribution to the society.


BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN KERJA AMAL MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN AN-NAIM LUMUT, KUALA BELAIT

ANDUKI, Juma’at, 19 April 2019 – Anggota-anggota daripada Kompeni C Batalion Ketiga, Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan kerja amal membersihkan tanah perkuburan bersama Biro Ugama MPM Liang dan penduduk kampung di Tanah perkuburan An-Naim, Anduki Lumut. Turut serta semasa kempen tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Abd Hamid bin Awang Haji Momin, Ahli Mesyuarat Negara dan penghulu Mukim Liang.

Acara dimulakan dengan membersihkan kubur secara bergotong-royong seterusnya bacaan Surah Yassin dan Tahlil beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang dibacakan oleh Yang Mulia Imam Muhammad Ikhwan bin Irwandy, selaku Ketua Biro Ugama MPM Liang.

Kempen ini merupakan aktiviti sempena HUT ABDB yang ke 58 Tahun. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan lagi pembangunan kerohanian dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan anggota TDDB serta memupuk keinginan untuk berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.