BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday 17 April 2019 – A total of 37 members from the Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) and Company Headquarters, Royal Brunei Land Force (RBLF Coy HQ) led by Captain Ali Saufi bin Haji Ali Safian visited the Central Police Station.
The visit commenced with a short briefing given by ASP Mohd Amiruddin bin Haji Tunjang, the Public Relations Unit Officer and P/ASP Abdul Hakim Ansyari bin Abdul Rahman, Criminal and Traffic Investigators Officer. The visit was followed with the viewing of exhibition by the Criminal and Traffic Investigators Department.
The purpose of this visit is to provide exposure to RBLF members on the function and the different
order of Criminal Code of Syariah Law and Civil code Law in Brunei Darussalam.
LAWATAN KE BALAI POLIS PUSAT OLEH MARKAS TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
BANDAR SERI BEGAWAN, RABU 17 April 2019 – Seramai 37 anggota daripada Markas Tentera Darat Diraja Brunei (Markas TDDB) dan Kompeni Markas Tentera Diraja Brunei (Komp Markas TDDB) yang di ketuai oleh Yang Mulia Kapten Ali Saufi bin Haji Ali Safian telah mengadakan lawatan ke Balai Polis Pusat (BPP).
Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Yang Mulia ASP Mohd Amiruddin bin Haji Tunjang, Pegawai Unit Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei dan Yang Mulia P/ASP Abdul Hakim Ansyari bin Abdul Rahman, Pegawai Penyiasat Jenayah dan Lalulintas. Selepas itu, rombongan dibawa melawat ke tempat-tempat pameran yang telah diaturkan oleh Jabatan Jenayah dan Lalulintas.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada anggota-anggota Markas TDDB dan Komp Markas TDDB akan fungsi dan perbezaan Kanun Hukuman Jenayah Syariah dan Hukuman Jenayah Awam di Negara Brunei Darussalam.
