BERAKAS GARRISON, Tuesday 05 March 2019 - Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF), received a courtesy call from First Admiral Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin, Commandant of the Malaysian Armed Forces Defence College
at RBLF Headquarters, Berakas Garrison.

During the call, Commander of RBLF congratulated First Admiral Mohd Fadzli Kamal on his new appointment as the Commandant of the Malaysian Armed Forces Defence College on 04 January 2019 and expressed his gratitude for the continued progression of the bilateral defence relationship between the RBLF and the Malaysian Armed Forces through the exchanges of high-level visits and various other military interactions mainly in the form of courses, training and military exercises. The RBLF Commander also highlighted his interest and support for more interactions with the MAFDC in the future.

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KOMANDAN MAKTAB PERTAHANAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERAKAS GARISON, Selasa 05 Mac 2019 – Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menerima kunjungan hormat daripada Yang Mulia Laksamana Pertama Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin, Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (MPAT) bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Mulia Pemerintah TDDB mengucapkan tahniah di atas pelantikan baru beliau sebagai Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia pada 04 Januari 2019 yang lalu dan menyatakan penghargaan untuk kemajuan berterusan dalam hubungan pertahanan dua hala antara TDDB dan Angkatan Tentera Malaysia melalui pertukaran lawatan dan pelbagai interaksi tentera yang lain terutamanya dalam bentuk kursus, latihan dan eksesais ketenteraan. Pemerintah TDDB juga menyatakan minat dan sokongan untuk lebih banyak interaksi serta kerjasama dengan pihak MPAT pada masa hadapan.