TUTONG CAMP, Thursday 13 December 2018 – The AKTA Program (Mind & Energy) conducted for the Brunei Darussalam Scouts Association (BDSA) in conjunction with the first ASEAN Rover Moot Brunei Darussalam 2018 was held at the Gymnasium, 2Bn RBLF. The program was organised by the Physical Training Instructors (PTIs) of 2Bn RBLF, involving 65 scouts from ASEAN countries.
Present at the event was Awang Haji Metussin bin Orang Kaya Sura Haj Tuba, Deputy President of BDSA and Awang Haji Badar bin Haji Ali, the Chief Commissioner of BDSA.
The program commenced with an orienteering and safety brief and a warming up session led by the PTIs of 2Bn RBLF. The orienteering activity started off within the vicinity of Tutong Camp. The program concluded with a prize presentation for the winner teams.
The objectives of the AKTA program are to foster cooperation and instill better decision making for the participants. The activity also seeks to foster team spirit and build confidence as it requires careful and intensive planning to achieve the orienteering objective.
PROGRAM AKTA SEMPENA PERHIMPUNAN PENGAKAP KELANA ASEAN KALI PERTAMA DIKENDALIKAN OLEH BATALION KEDUA, TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis 13 Disember 2018 – Program AKTA (Akal & Tenaga) telah dikendalikan untuk Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam sempena perhimpunan pengakap kelana ASEAN kali pertama di Dewan Gerak Badan, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei. Program itu dikendalikan oleh Jurulatih Jasmani 2BN TDDB dan disertai oleh 65 peserta pengakap daripada negara- negara ASEAN.
Hadir dalam acara tersebut adalah Yang Mulia Awang Haji Metussin bin Orang Kaya Sura Haj Tuba, Yang Dipertua Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Perhimpunan Pengakap Kelana ASEAN kali Pertama Negara Brunei Darussalam dan Yang Mulia Awang Haji Badar bin Haji Ali, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Brunei Darussalam.
Program ini dimulakan dengan taklimat mengenai aktiviti merintis dan keselamatan, dan diteruskan dengan sesi pemanasan badan yang diketuai oleh Jurulatih Jasmani 2Bn TDDB. Aktiviti merintis itu berlepas di sekitar kawasan Perkhemahan Tutong. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang.
Tujuan Program AKTA ini diadakan adalah untuk menekankan kepentingan kerjasama dalam berpasukan dan juga kepentingan kematangan pemikiran dalam membuat keputusan. Ianya juga dapat memupuk semangat berpasukan kerana ianya memerlukan perancangan teliti serta persepakatan utuh untuk mencapai matlamat merintis.


