BERAKAS GARISON, Rabu, 10 Oktober 2018 – Acara Kempen Derma Darah telah diadakan di Rumah Masak 1Bn TDDB, sempena Hari Ulang Tahun Khidmat Bantuan Kombat yang ke 27. Acara tersebut di kendalikan oleh Khidmat Pergigian sebagai unit penyelaras bagi melaksanakan acara tersebut.
Kempen Derma Darah itu adalah acara tahunan yang dibuat sempena menyambut Hari Ulang Tahun Khidmat Bantuan Kombat. Kempen tersebut amat di alu-alukan oleh Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan. Seorang penderma darah berpotensi menyelamatkan tiga nyawa kerana darah tersebut dapat di bahagikan kepada darah merah, platelet dan plasma yang mempunyai kegunaan sendiri.
Penderma darah pada tahun ini mendapat sambutan bukan sahaja dari anggota Khidmat Bantuan Kombat, bahkan daripada anggota dari 1Bn TDDB dan Perkhidmatan Awam, Berakas Garison.

