PENANJONG GARISON, Khamis 27 September 2018 – Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB) telah mengadakan Taklimat Penerapan Disiplin bagi anggota-anggota Bn Bantu TDDB yang berlangsung di Rumah Masak Bn Bantu TDDB. Taklimat tersebut disampaikan oleh Yang Mulia PW1 Sahrol bin Haji Omar, Sarjan Mejar Rejimen Bn Bantu TDDB.
Tujuan taklimat adalah untuk menekankan betapa pentingnya penerapan disiplin di semua anggota tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) kerana ianya melibatkan imej ABDB dan imej sesebuah unit. Ini adalah kerana ABDB memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat sekeliling dan oleh itu disiplin mestilah dijaga dan dititikberatkan di kalangan anggota tentera ABDB.
Antara isi kandungan taklimat itu adalah mengenai 3 jenis disiplin yang telah dibentangkan iaitu disiplin yang ditetapkan, diri sendiri dan berkumpulan. Penyampai taklimat juga menyentuh mengenai nilai-nilai teras ABDB dan kesalahan yang sering dilakukan oleh anggota ABDB.
Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab dan bacaan doa penutup untuk memberkati acara.