BERAKAS GARISON, Jumaat 28 September 2018– Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah meraikan Majlis Penyampaian Pangkat Tetap dan Pemangku bagi Pegawai Waran Satu dan Pegawai Waran Dua peringkat TDDB bertempat di Mess PW, SSjn & Sjn, Berakas Garison.
Majlis kenaikkan pangkat ini telahpun disempurnakan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan TDDB, Pegawai-pegawai, dan PTB-PTB Kanan TDDB serta ahli keluarga yang diraikan.
Seramai 14 anggota PTB-PTB Kanan telah dinaikkan pangkat, 04 anggota dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran Satu Tetap, 03 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran Satu, 02 anggota dinaikkan ke pangkat Pegawai Waran Dua tetap dan manakala 05 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Pegawai Waran Dua.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan penyampaian pangkat. Setelah selesai, bacaan Doa Khas dibacakan dan sesi bergambar ramai diadakan bagi anggota yang diraikan serta ahli keluarga yang hadir. Acara diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan.


