BERAKAS GARISON, Jumaat 21 September 2018 2018 – Majlis kenaikan pangkat PTB-PTB Kanan dan Rendah bagi anggota-anggota Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Kompeni Markas TDDB telah berlangsung di dua tempat berasingan. Majlis kenaikan pangkat PTB Rendah telah diadakan di Pejabat Kompeni Markas TDDB dan bagi PTB Kanan telah dilaksanakan di Mes Sjn, SSjn dan PW Batalion Pertama TDDB.

Bagi kenaikan pangkat PTB Kanan, seramai 05 anggota dinaikkan pangkat iaitu 02 anggota menerima pangkat ke pangkat Staf Sarjan Tetap, 02 anggota menerima pangkat ke pangkat Pemangku Staf Sarjan dan 01 anggota menerima pangkat ke pangkat Pemangku Sarjan. Manakala bagi PTB Rendah, seramai 10 anggota menerima pangkat iaitu 06 anggota menerima pangkat ke pangkat Koperal tetap dan 04 anggota menerima pangkat ke pangkat Pemangku Koperal.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pangkat bagi PTB Kanan ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Muhammad Suwardi Ariffin bin Pehin Datu Laksamana Dato Paduka Haji Abdul Latiff, Penolong Ketua Staf Gerakan Markas TDDB. Manakala bagi PTB Rendah telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Hj Khairul Hakimi bin Hj Abd Majid, Pemangku Pegawai Memerintah Kompeni Markas TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan Markas TDDB dan Kompeni Markas TDDB.

Dengan adanya upacara- upacara penyampaian pangkat tersebut,  Yang Mulia Tetamu Kehormat mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan memberikan beberapa nasihat untuk menjadi anggota- anggota tentera yang baik dalam melaksanakan tanggungjawab dan sentiasa komited dalam apa jua tugas yang diberikan.