PERKHEMAHAN BERAKAS GARISON, Jumaat 07 September 2018 – Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah mengadakan Majlis Malam Makan Beradat sempena Jasamu Dikenangan Sarjan Mejar Rejimen Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Perkhemahan Berakas Garison.

Hadir Selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia PW1 (SMR) Johari bin Hj Lamit, Mantan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) KBK TDDB bersama isteri dan telah disambut oleh Yang Mulia PW1 (SMR) Mohd Khairuddin bin Mohd Noor dan Pmk SMR PW2 Bahrin bin Mohammad. Turut hadir bagi memeriahkan acara pada malam tersebut ialah Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah Kanan KBK TDDB.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan jamuan makan. Majlis diikuti dengan ucapan daripada Yang Mulia PW1 (SMR) Khairuddin bin Mohd Noor dan diikuti dengan ucapan balas daripada Tetamu Kehormat Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Tetamu Kehormat dan Isteri. Untuk memberkati majlis bacaan doa selamat dibacakan dan majlis diakhiri dengan menandatangani lembaran kenangan.

Majlis Malam Makan Beradat ini diungkayahkan sebagai salah satu tanda penghormatan bagi mengenang jasa, khidmat bakti serta pengorbanan yang telah disumbangkan oleh Mantan Sarjan Mejar Rejimen KBK TDDB disepanjang beliau bertugas dengan ABDB amnya dan TDDB Khasnya. Disamping itu ianya juga untuk mengeratkan lagi hubungan diantara PTB-PTB Kanan KBK TDDB dan isteri-isteri.