PUSAT LATIHAN TENTERA LAUT, Khamis 30 Ogos 2018 – Acara Rentas Desa Askar Wanita bagi peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berlangsung di Pusat Latihan Tentera Laut, Pangkalan Muara.
Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyaksikan acara itu ialah Yang Mulia Lt Kol Azlina binti Haji Muhammad, Pegawai Turus Kewangan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan. Turut hadir pada acara tersebut ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, PTB-PTB kanan dan PTB – PTB rendah.
Kejohanan Rentas Desa tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Berkumpulan yang berlari sejauh 8km.
Bagi Kategori Berkumpulan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) berjaya muncul sebagai Johan Rentas Desa Askar Wanita Peringkat ABDB bagi tahun 2018. Naib Johan pula disandang oleh Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) manakala Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah meraih tempat ketiga di kejohanan tersebut.
Bagi Kategori Terbuka Keseorangan, berikut adalah keputusan yang diraih oleh Askar Wanita TDDB.
Bagi 35 tahun ke atas, tempat pertama diraih oleh Ssjn Susilawati binti Awg Untong manakala tempat ketiga disandang oleh Ssjn Diana binti Awg Jafar.
Bagi 30- 34 tahun, tempat pertama dijuarai oleh Lkpl Nurafifah binti Azaman.
Bagi 25-29 tahun, tempat kedua diraih oleh Sld Stephanie binti Batong.
Bagi 24 tahun ke bawah, tempat ketiga dimenangi oleh Lt Nurshazeerah binti Radinkanoro.
Kejohanan Rentas Desa Askar Wanita peringkat ABDB bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan lagi persefahaman dan semangat silaturrahim antara semua unit-unit ABDB yang mengambil bahagian untuk sukan ini. Ia juga menggalakkan penyertaan di kalangan pegawai-pegawai serta lain-lain peringkat agar aktif menceburi diri dalam sukan ABDB.