
PERKHEMAHAN LUMUT, Ahad 26 Ogos 2018 - Majlis Makan Malam Resepsi bersama Anggota Kompeni Batalyon Infanteri Para Raider 431/Satria Setia Perkasa – Yonif Para Raider 431/SSP telah diadakan di Dewan Rumah Masak, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB).
Majlis dimulakan dengan ucapan alu- aluan daripada Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir adalah Yang Mulia Mayor Infanteri Anak Agung Gede Rama Cahayana Putra, Danyonif PR 431 Kostrad yang turut sama memberi ucapan di Majlis Makan Malam Resepsi.
Makan malam diteruskan lagi dengan persembahan daripada Platun Serunai dan Tambur 3Bn TDDB. 3Bn TDDB dan Anggota Kompeni Batalyon Infanteri Para Raider 431/Satria Setia Perkasa akan mengadakan Eksesais Latma Satria 12/2018 yang akan berlangsung pada 27 Ogos 2018 sehingga 3 September 2018.

