PERKHEMAHAN LUMUT, Isnin 27 Ogos 2018
– Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikkan Pangkat bagi PTB-PTB Kanan di Mes PW, SSjn & Sjn. Jumlah anggota yang dinaikkan pangkat adalah seramai 05 anggota yang mana kenaikkan pangkat ke Staf Sarjan Tetap seramai 03 anggota dan ke Pemangku Staff Sarjan seramai 02 anggota.

Majlis kenaikkan pangkat ini telah disempurnakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Pemerintah Batalion Ketiga TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan Batalion Ketiga TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan  Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia Sjn Harun Al-Rashid bin Hj Hussien dari Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) dan diteruskan dengan penyampaian pangkat dan sesi bergambar ramai bagi anggota yang diraikan bersama Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB serta menandatangani lembaran kenangan dimajlis tersebut. Bagi menyempurnakan majlis, acara diakhiri dengan bacaan doa selamat dan bersurai.