BERAKAS GARISON, Jumaat 24 Ogos 2018 – Kemeriahan Hari Raya Aidiladha terus disemarakkan lagi dengan pelbagai majlis ibadah korban yang diadakan oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dari 10 Zulhijjah hingga 12 Zulhijjah 1439.

Membuka tirai majlis ibadah korban peringkat TDDB, Batalion Ketiga TDDB mengadakan majlis korban di Surau Ar Rahmah, Perkhemahan Lumut pada hari Rabu, 22 Ogos 2018 dimana sebanyak dua ekor kerbau dan satu ekor kambing telah dikorbankan dan diagih-agihkan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan bin Ibrahim, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Pada hari yang sama, majlis korban juga diadakan di Pulau Baru-Baru dengan pengagihan daging seekor kambing kepada anggota-anggota yang bertugas oleh Yang Mulia Mejar Rudie Asmawi bin Abidin, Timbalan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB.

Majlis ibadah korban seterusnya diadakan di perkarangan Surau Al – Fai’zun Berakas Garison bagi anggota dan kakitangan awam Berakas Garison pada hari Khamis, 23 Ogos 2018. Sebanyak empat ekor kerbau dan dua ekor kambing telah dikorbankan yang mana telah di agih-agihkan oleh Yang Mulia Kolonel Khairil bin Haji Ismail, Ketua Staf, TDDB.  

Sementara itu, Penanjong Garison juga mengadakan majlis ibadah korban yang dikelolakan oleh Batalion Bantu TDDB di Rumah Masak Institut Latihan ABDB. Pengagihan daging sebanyak dua ekor kerbau dan satu ekor kambing kepada anggota tentera, warga awam dan penduduk Kg Penanjong, Kg Luangan Dudok, Kg Keriam dan Kg Sinaut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan IL ABDB dan Yang Mulia Leftenan Kolonel Haji Rony Zai bin Haji Zaini, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB.

Manakala, majlis ibadah korban juga diadakan di Perkhemahan Tutong dan Bangar pada hari Jumaat, 24 Ogos 2018. Majlis korban di Perkhemahan Tutong telah  diadakan di Rumah Masak 2Bn dimana sebanyak seekor kerbau, dua ekor sapi dan tiga ekor kambing telah di korbankan. Daging-daging korban telahpun di agihkan oleh Leftenan Kolonel Pg Mohammad Shamsul Reza bin Dato Paduka Haji Tengah, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB kepada ketua-ketua kampong, anggota-anggota 2Bn dan kakitangan awam.

Pada masa yang sama, Perkhemahan Bangar juga mengadakan majlis korban dimana pengagihan daging sebanyak tiga ekor kerbau dan seekor kambing disempurnakan oleh Mejar Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB kepada anggota- anggota.

Secara keseluruhan, sebanyak 12 ekor kerbau, 9 ekor kambing dan 2 ekor sapi telah di korbankan pada tahun ini. Ibadah korban ini adalah amalan yang terpuji dalam Islam yang mana orang-orang Islam digalakkan untuk menunaikannya pada hari-hari Tasyrik.

Majlis Ibadah Korban Batalion Ketiga TDDB



Majlis Ibadah Korban di Pulau Baru-Baru



Majlis Ibadah Korban Peringkat Berakas Garison


Majlis Ibadah Korban Batalion Bantu TDDB



Majlis Ibadah Korban Batalion Kedua TDDB