TUTONG, Khamis, 02 Ogos 2018 – Seramai 20 anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei yang terdiri daripada Pegawai dan anggota dari Khidmat Pergigian, Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) telah membuat lawatan ke Pusat Al Islah, Maraburong, Tutong. Lawatan tersebut adalah sebahagian dari projek tahunan KBK TDDB ke agensi kerajaan yang berkenaan bagi tujuan untuk memberikan kesedaran dan pendedahan.

Lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat mengenai struktur organisasi Pusat Al- Islah serta fungsi agensi tersebut yang di ambil alih oleh Biro Kawalan Narkotik sejak tahun 2008. Penerangan yang baik diberikan mengenai tatacara pengendalian ahli ‘resident’ dengan cara ‘Therapy Community‘ yang banyak diguna pakai oleh pelbagai negara. Taklimat tersebut di teruskan dengan pengalaman dari salah seorang ’resident’ yang berkongsi pengalaman mengenai penyalahgunaan dadah, yang mana beliau hanya mencuba untuk menghilangkan kekacauan minda sedikit sehingga terjerumus dan tertangkap.

Rombongan tersebut kemudian dibawa melawat prasarana dan melihat bagaimana  cara kehidupan di pusat tersebut yang mana ianya menerapkan kehidupan berdisiplin tinggi, hidup komuniti, belajar dan berfikir erti kehidupan serta menerapkan nilai-nilai keagamaan. Ianya berbeza dari kehidupan di penjara yang mana di pusat tersebut banyak memupuk terhadap kepercayaan dan kejujuran ahli ‘resident’. Lawatan tersebut di akhiri dengan sesi bergambar ramai dan penyampaian cenderahati kenangan ke pusat tersebut.